Undercover Punch and Gun adalah filem aksi jenayah Hong Kong yang diarahkan oleh Philip Lui dan Frankie Tam. Filem ini berkisah sekitar seorang polis yang menyamar terpaksa bekerjasama dengan sekumpulan pasukan khas yang menentang penyeludupan dadah.
Untuk memastikan kualiti, Gordon Chan telah dijemput sebagai penerbit filem ini. Beliau dikenali sebagai ketua generasi baru filem Hong Kong, mempunyai gaya filem yang kepelbagaian dan tersendiri.
Pengarah filem Philip Lui Koon-nam dan Frankie Tam juga senior yang berpengalaman dalam bidang filem Hong Kong. Philip Lui berjaya membuka pasaran filem China dengan tajuk “Chasing the Dragon.” Frankie Tam pula telah dicalonkan sebagai penulis skrip terbaik di Anugerah Filem Hong Kong 2011.
Filem ini menampilkan Philip Ng sebagai watak utama dan juga pengarah aksi, berlatih seni mempertahankan diri sejak usia 7 tahun. Dari tinju ke pertempuran dekat daging, hingga perang letupan pertempuran yang hangat, dia membimbing babak aksi secara teliti dengan penuh keikhlasan, demi membawa pengalaman visual yang luar biasa untuk penonton.
“Undercover Punch And Gun merupakan filem pertama saya sebagai penerbit, pelakon dan pengarah aksi. Malah, tidak dinafikan ia merupakan satu perjalanan yang sukar.
“Bagaimanapun, ia sangat memberi kepuasan terhadap saya kerana diberi kebebasan dalam kareografi yang belum pernah saya dapat sebelum ini,”
– Philip
Menurut Philip yang juga bertindak selaku salah satu penerbit dan pengarah aksi untuk file mini berkata, semua yang terlibat telah memberi sepenuh hati mereka dalam menjayakan projek ini termasuk dirinya, Andy Onimal dan Van Ness Wu yang telah membincangkan perkara ini setelah sekian lama.
“Kami juga sangat berbangga kerana akhirnya dapat bergabung untuk menghasilkan projek penerbitan filem ini dengan barisan pelakon yang hebat,”
– Philip
Selain itu, watak utama lain yang dibintangi oleh Vanness Wu memainkan peranan yang lucu dan comel, dia boleh menafsirkan peranan heroik dan kebal dengan tepat.
Sudah tentu, kita tidak boleh mengabaikan lagi satu watak utama yang dibintangi oleh Andy On, yang pernah mendapat Anugerah Filem Hong Kong untuk Pelakon Baru Terbaik, dia akan menggambarkan pemimpin jenayah yang ganas.
Untuk filem yang akan ditayangkan di pawagam pada 28 Jun ini, ia menampilkan barisan pelakon popular yang berpengalaman di Hong Kong seperti Philip Ng, Vanness Wu, Andy On, Kitty Jiang,Feng Wen Juan, Aka Chio, Chi Shuai, Jia, Lam Suet, Susan Shaw dan pelakon aksi Dato Aaron Aziz yang terkenal di Malaysia.
Sejak penampilan Dato Aaron Aziz dalam Special Female Force pada tahun 2016, ternyata Undercover, Punch & Gun merupakan filem Hong Kong kedua yang disertai oleh beliau.
Sinopsis Filem UNDERCOVER PUNCH AND GUN
Pengintip Wu terlibat dalam perdagangan dadah dengan gengnya. Semasa transaksi, anggota pasukan khas mengganggu operasi tersebut. Xia adalah salah seorang peniaga dadah terbesar yang menjalankan perdagangan dadah dengan menggunakan pelayarannya, dia menangkap Wu dan mengancamnya untuk mendapatkan semula dadahnya.
Eva dan Mike, anggota pasukan khas menyertai Wu untuk mencari pembuat dadah dan mereka mengakui bahawa Xia adalah bekas ahli mereka dalam pasukan khas. Wu, Mike dan Eva telah memutuskan untuk bekerjasama untuk bertarung dengan Xia.
Barisan Pelakon
Philip Ng– Wu
Vanness Wu– Tiger
Andy On– Ha
Feng Wen Juan– Eva
Chi Shuai– Magnum
Datuk Aaron Aziz– Top
Kitty Jiang– Teach
Lam Suet– Bob
Jia– Phantom
Susan Shaw– Meth Cook
Aka Chio– Dawnie