SINOPSIS FILEM – UNCLE USIN
Mengisahkan Spy 13 seorang penyiasat persendirian yang agak handal dan terkenal
dalam menyelesaikan kes-kes yang ditugaskan kepadanya. Beliau mempunyai
keistimewaan ajaib (hasil perguruan silat jurus) }iaitu mempunyai pelbagai jurus
seperti bola kecil yang dilontarkan kearah musuh,pelekat kecil yang dilekatkan
ketubuh musuh dan alat-alat mainan yang dapat dapat mengubah suasana
persekitaran seperti yang dikehendaki oleh hatinya(seperti doraemon).Keistimewaan ajaib ini diperolehi kerana beliau membesar di sebuah perguruan misteri semenjak kecil.
Suatu hari Spy 13 di datangi seorang pelanggan yang juga anak gadis seorang
taikun terkenal berpangkat Datuk untuk menyiasat misteri ayahnya (Datuk Haris)
yang kama tanpa sebab berbulan-bulan lamanya. Penyiasatan Spy 13 membawa
kepada terbongkarnya komplot adik tiri Datuk Haris (Manan) yang ingin membolot
hartanya.Dengan bantuan alat ajaibnya (antena imbas kembali),Spy 13 mendapat
tahu Datuk Haris telah diracun oleh Manan dengan ‘RACUN 1001 MALAM’,sejenis
racun yang hanya boleh didapati di kepulauan terpencil di Afrika Timur.Spy 13
merancang untuk mendapatkan penawar dari Manan.
Tetapi tindakan Julia mengupah Spy 13 dapat di hidu oleh Manan yang mula
menganggap Spy 13 sebagai penghalang rancangan jahatnya. Manan mula
menghantar seorang demi seorang pembunuh upahan dengan pelbagai kepakaran
dan keunikan dari pakar seni mempertahankan diri,pakar senjata api hinggalah
pakar ilmu hitam untuk menghapuskan Spy 13.Tetapi semua pembunuh upahan itu
dapat dihapuskan oleh Spy 13 dengan kebolehan ajaibnya yang bukan tandingan
pembunuh-pembunuh itu. Manan menjadi tertekan dengan keadaan itu lalu, isteri
Manan telah memanggil abang saudaranya dari negara jiran yang merupakan
anggota kumpulan ‘NAGA SIAM’,sebuah pertubuhan kongsi gelap yang berpengaruh
di Thailand iaitu Samrong.
Samrong datang bersama dua saudaranya (Sapchai dan Pittichai). Atas pertalian
saudara, Samrong berjanji kepada Manan akan melenyapkan Spy 13 dari muka bumi
ini.Tetapi seperti biasa percubaan membunuh Spy 13 tetap menemui kegagalan
sehingga membawa kepada kematian Sapchai dan Pittichai. Samrong amat kecewa
dengan keadaan itu dan mendendami Spy 13.
Keadaan menjadi gempar dengan kemunculan seorang lelaki misteri yang
mempunyai kebolehan ajaib hampir serupa dengan Spy 13. Lelaki itu ialah ll,abang
seperguruan Spy 13 yang di usir dari perguruan oleh Tok Guru mereka 15 tahun
lalu . 11 di usir kerana telah membaca sebuah kitab larangan (koitab jurus) yang
sejak sekian lama diharamkan dari diamalkan oleh murid-murid perguruan itu. 11
telah meniggalkan perguruan dengan dendam kesumat yang membara terhadap Spy
13 yang di anggap lebih disayangi oleh Tok Guru mereka. Beliau telah bersumpah
untuk menghapuskan 13 pada suatu hari nanti.Kini Sebelas telah muncul untuk
menyelesaikan ‘hutang lama’ terhadap Spy 13.
11 telah muncul dan mencabar Spy 13 untuk bertarung dengannya.Cabaran
itu telah ditolak mentah-mentah oleh 13 yang tidak berminat langsung untuk
bertarung kerana dia menganggap 11 seperti abang kandung dan amat
menghormatinya.Sebelas berang dengan situasi ini dan mencari jalan supaya 13
ingin bertarung dengannya.Akhirnya 11 telah bekerjasama dengan Manan untuk
menghapuskan Spy 13.Untuk meyakinkan Manan,11 telah telah membunuh Samrong
dengan salah satu ‘jurus ajaib’nya (bazooka) di depan mata Manan sebagai bukti
kemampuannya.Manan bersetuju untuk menerima tawaran kerjasama itu.
Untuk mengumpan 13, Manan telah menculik Julia dan Datuk Haris dan mengugut
untuk membunuh mereka sekiranya 13 tidak ingin bertarung dengan 1l.Dalam
keadaan separuh setuju 13 terpaksa bertarung dengan 1l.Spy 13 telah tewas
setelah terkena satu jurus bernama ‘TINJU 5 JUARA’ (11 dapat ‘menyeru’ lima orang
juara tinju negara untuk memberi satu tumbukan maut setiap seorang).Spy 13 telah
pengsan tetapi Julia dapat melepaskan diri dan dapat melarikan Spy 13 (Ju lia dapat
membutakan mata 11,Manan dan lain lain dengan menggunakan ‘BOLA BUTA 20
MINIT’ kepunyaan Spy 13 dan sempat melarikan 13).Bersama Datuk Haris yang telah
sedarkan diri mereka bersembunyi di salah satu rumah persinggahan milik Datuk
Haris yang tidak di ketahui oleh Manan.
Setelah seminggu tidak sedarkan diri akhirnya 13 telah sedar tetapi hilang
ingatan.Masa semakin suntuk kerana Manan yang dibantu oleh 11 sentiasa memburu
mereka sehinggalah dapat menghapuskan mereka.Julia akhirnya dapat tahu seorang
wanita separuh umur bernama Tok 9 mampu memulihkan ingatan 13 setelah terlihat
foto lama di pejabat 13 ketika mencari barangan milik 13 yang dapat memulihkan
daya ingatannya. Julia dapat menemui Tok 9 dan membawanya menemui 13.
Akhirnya ingatan 13 dapat dipulihkan.
Dimasa yang sama Manan dan 11 dapat mengesan persembunyian mereka dan
datang menyerang mereka ketika 13 tiada disitu. Satu sidang media (secara paksa)
telah dibuat oleh Manan agar datuk Haris menurunkan hak milik syareikatnya
kepada Manan di hadapan media. Namun lain yang terjadi kerana Spy muncul
dalam penyamaran dan mengubah situasi yang menyebabkan Manan mengakui
kejahatannya di hadapan media dan Manan serta isterinya di tangkap.
Julia telah di bawa lari oleh 11 dan13 muncul dan mencabar 11 untuk bertarung
semula. Pertarungan terakhir antara 13 dan 11 pun bermula.Mereka bertarung
sehingga bermacam-macam jurus-jurus yang pelik dan unik di keluarkan oleh
kedua-dua rakan seguru itu. Akhirnya 11 tertewas,tidak bermaya dan hanya mampu
menunggu serangan terakhir dari 13. Disaat hidup dan mati 11 itu 13 tidak sampai
hati ingin membunuh sebelas. Spy 13 bersama Julia meninggalkan 11 dalam
keadaan terkapar tidak bermaya dengan begitu sahaja. Dengan langkah yang
longlai sambil di papah oleh Julia,13 agak kesal kerana terpaksa bertarung dan
mencederakan seorang rakan seguru yang amat dihormati dan dianggap seperti
abang kandung sendiri.
Datuk Haris ingin meraikan kejayaan 13 untuk membawa mereak melancung
tetapi terganggu pula dengan panggilan telefon dari Uncle Usin. Manakala Uncle
Usin ada lah watak yang muncu l di akhir cerita. Beliau sbenarnya adalah tuan
penyewa pejabat Spy 13 dan sering menelefon pembantu Spy 13 untuk bertanyakan
hutang sewanya. Namun ianya selalu terlupa dan tidak diendahkan oleh Spy dan
menyebabkan Uncle Usin sering saja menelefon dan akhirnya hilang sabar dan terus
masuk kepejabat Spy 13 untuk mengambil benda berharga di pejabat Spy .. tetapi Spy
dengan pantasnyanya muncul lalu membayar hutang sewanya itu ..
Tamat