Dunia perfileman Malaysia bakal dimeriahkan dengan sebuah karya epik aksi terbaru berjudul “The Keris”, yang mengangkat warisan Melayu dengan suntikan moden serta gabungan silat dan seni bela diri campuran (MMA). Budiey percaya filem ini akan menyemarakkan lagi dunia perfileman yang semakin tandus untuk menbangkitkan semangat patriotik cintakan tanahair.
Filem yang diterbitkan oleh Mathes Production House Sdn. Bhd. ini dijangkakan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada September atau Disember 2025.
Dengan bajet terbesar pernah direkodkan dalam sejarah penerbitan filem dari Utara Malaysia, “The Keris” mendapat sokongan penuh daripada FINAS, Kementerian Komunikasi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta kerjasama istimewa Menteri Besar Kedah.
Apakah Keunikan Filem The Keris?
Filem ini mengangkat tema kepahlawanan Melayu Melaka, dengan menampilkan kisah legenda Hang Tuah dan Hang Jebat dalam konteks yang lebih moden dan penuh aksi. Elemen mafia, seni pertahanan diri, serta nilai keberanian dan persahabatan menjadi teras penceritaan yang mendalam.
Diterajui oleh nama-nama besar dalam industri, “The Keris” dijangka akan membawa sinema Malaysia ke satu tahap baharu dengan aksi mendebarkan dan naratif yang sarat dengan nilai sejarah serta kebudayaan.
Barisan Pelakon Filem The Keris
Filem ini menampilkan pelakon handalan yang akan menghidupkan watak-watak penting dalam jalan cerita, termasuk:
- Syazlie Syazz – Watak Hero
- Julia Larica – Watak Heroine
- Firdaus Luthuffi – Watak Utama Sampingan
- Zainal Isa / Samuel – Watak Utama Penting
- Nik Ramly – Pak Hassan (Watak Utama)
- Raja Azrey – Watak Penting
- Dnesh – Murugan – Watak Utama Sampingan
- Dato’ Jalaluddin Hassan – Watak Utama Sampingan
- Abbey Abimbola – Watak Utama
- Govin Veil
- S.Deep
- Kosalyaa Muniandy
- Rubakaran Paramananthan
- Amaraloshini
- Rosmaliza Md Zin
- Kumarran Dheven
Barisan Pengurusan & Produksi
Di sebalik filem hebat ini, terdapat pasukan produksi yang diketuai oleh tokoh-tokoh berpengalaman dalam industri perfileman:
- Penerbit: Dr. Matheyalagan Thilagavathy (Mathes Production House Sdn. Bhd.)
- Penerbit Bersama: Dr. Sinniah Naido & Dr. Jobina Naido (Tabitha Offshore and Marine Production)
- Penasihat & Eksekutif Produksi: Dr. Latcha Perrabu Rajagopal (Sai Nanthini Movie World Sdn. Bhd.)
- Pengarah Filem & Skrip Layar: Viknes Perrabu (Penerima Malaysian Book of Records dan Ikon Filem)
- Editor, DI & Sinematografi: Thanesh Perrabu (Pengarah Anugerah & STE Fame)
- Pengarah Muzik: BalanRaj (Pemenang Anugerah Komposer Terbaik)
- Jalan Cerita: Dr. Matheyalagan & Dato’ Zul M Osman
- Penulis Skrip: Dato’ Zul M Osman (Ikon Malaysia)
- Edaran oleh: Empayar Film Production
- Kolaborasi: Menteri Besar Kedah
Krew Penting Di Sebalik Tabir
- Kohgulan A/L Nagarajan – Penolong Pengarah
- Kubendran A/L Puvanesvaran – Pengarah Seni
- Linkes Govindarajan – Penolong Pengarah Fotografi
- Hilmi Azmin – Penolong Pengarah
- MJ Deva – Pengurus Produksi & Pakar Stunt
- Sasiva Roban A/L Murthy – Pengarah Stunt
- Thanabalan A/L Saminathan – Pakar Solekan Kesan Khas
- Roseli Md Akhir – Penolong Pengurus Produksi
- Dhiban Raj Rajakumar – Penolong Pengarah
- Velusaamy Thevar A/L Kanawadi – Penolong Pengarah
- Neeshantini Varman A/P Karunagaran – Penolong Pengarah
- Yuhashini Matheyalagan – Krew Pembantu
- Rathaa A/P Thulasithasan – Penolong Jurusolek
Kebangkitan Filem Tempatan Ke Peringkat Global
Dengan keunikan naratif dan sentuhan sinematik berkualiti tinggi, “The Keris” dijangka mampu menembusi pasaran antarabangsa dan membawa kebanggaan kepada industri filem Malaysia.
Tayangan September atau Disember 2025 bakal menjadi detik bersejarah buat industri perfileman tempatan, di mana legenda lama dihidupkan semula dalam sebuah filem penuh aksi dan jiwa kepahlawanan.
Nantikan “The Keris” di pawagam berhampiran anda!