Menemui penonton pada 22 April ini, pukul 10.30 malam di TV2, penonton diajak menyorot kisah berlaku pada 26 Disember 2004, gempa besar menggoncang pesisir Indonesia dan berlakunya tsunami yang memusnahkan sebahagian besar negara-negara di Lautan Hindi dan melibatkan kehilangan banyak nyawa.
“The Impossible” diangkat dari kisah benar salah seorang korban yang terselamat, Maria Belon, seorang pelancong Sepanyol yang sedang bersantai di tepi kolam renang dengan suami dan tiga anaknya yang masih kecil ketika tsunami datang secara tiba-tiba.
Filem ini diterjemahkan oleh sutradaranya, Juan Antonio Bayona, yang berjaya menggambarkan kisah mengerikan itu ke layar filem dengan gabungan efek digital dan gelombang air yang sebenar.
Kisahnya bermula dengan keluarga Maria dan Henry melancong ke Thailand bersama tiga anak mereka iaitu Lucas, Simon dan Thomas. Mereka bercuti untuk merayakan Hari Natal di sebuah resort yang indah berhampiran pantai.
Tapi pada pagi 26 Desember, ketika semua anggota keluarga sedang bersantai di sekitar kolam renang, raungan mengerikan bangkit dari pusat bumi. Air laut tiba-tiba menerpa dan menenggelamkan bangunan-bangunan yang ada di sekitarnya. Gelombang tsunami yang hebat itu memusnahkan semuanya.
Maria terpisah daripada keluarganya akibat rempuhan air yang kuat. Maria berusaha menyelamatkan diri daripada gelombang air dan memanggil nama-nama anaknya tetapi usahanya sia-sia belaka.
Tetapi setelah beberapa lama kemudian akhirnya dia berjaya menemukan anak pertamanya, Lucas, dan mereka saling memeluk erat satu sama lain. Pada saat itu ternyata Maria mengalami luka yang sangat parah terutama pada bahagian kakinya, dan darah terus mengalir tanpa henti.
Beberapa saat kemudian datang beberapa warga Thailand yang menolong Maria dan membawanya ke hospital. Sementara itu Henry, suami Maria berada di tempat yang berbeza bersama Simon dan Thomas. Ternyata mereka juga selamat namun mereka terpisah jauh dengan Maria.
Henry mencari Maria ke serata tempat sementara Simon dan Thomas dijaga oleh orang lain. Akhirnya Henry terpisah dengan semua anggota keluarganya. Namun setelah beberapa hari kemudian akhirnya mereka dipertemukan di sebuah jalan dekat dengan hospital.
Pada saat itu Henry sedang berusaha mencari keluarganya di hospital namun akhirnya dia meninggalkan rumah sakit karena tak menemukan mereka. Di sisi lain pada saat itu pula Lucas sedang mencari Henry kerana dia melihat Henry dari jarak yang sangat jauh lalu dia mengejar ayahnya namun kehilangan jejak.
Lalu apakah kesudahannya? Dapatkah ahli keluarga ini bersatu semula? Justeru ikuti kesudahan filem yang diterbitkan tahun 2013 ini.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.