Menonton filem ini, penonton akan menjumpai trend tahun 90’an antaranya bagaimana cara pasangan kekasih brtukar surat, gajet popular ketika itu hingga lagu-lagu bergenre rock alternatif seperti Nirvana, mahu pun muzik Thailand yang diminati era itu. Tak lupa juga komedi yang banyak seperti hampir pada kebanyakan filem Thailand yang lain.
Imbas Momen Indah Dalam Filem Thailand BACK TO 90’S di TV2
Lakonan mantap Pimchanok Leuwisetpaiboon, Achita Pramoj Na Ayudhya, dan Aaron Maranong menerusi filem arahan Yanyong Kuruaungkoul ini bermula dengan babak dalam perjalanan pulang dari sekolah, ibu Kong berpesan agar dia tidak terlalu tergesa-gesa untuk pulang. Hari itu merupakan hari ulangtahun pernikahan ibu dan ayahnya.
Kong berpendapat ayahnya tidak ambil kisah untuk meraikan hari tersebut yang membuatkan mereka bertengkar di chatroom Line. Bimbang pergaduhan itu berlanjutan, ibunya meminta Kong mengelak daripada bertemu ayahnya di rumah.  Ketika Kong sedang menuju ke biliknya, dia terdengar bunyi seperti bunyi telefon dari dalam gudang. Setelah diselidiki, rupanya itu adalah bunyi pager lama (sejenis telefon bimbit lama yang hanya boleh menerima pesan) milik ayahnya yang disimpan di gudang.Â
Berpunca daripada bunyi pager itulah dia terjumpa album foto lama milik ibu dan ayahnya. Dia meluangkan masa membelek satu persatu helaian foto tersebut dan terjumpa satu foto ayahnya sewaktu masih muda bersama seseorang. Dibelakang foto itu terdapat tulisan “Tum, aku mencintaimu selamanya – Som’’.
Malam itu ayahnya pulang ke rumah. Tepat seperti jangkaannya, ayahnya terus masuk tanpa mempedulikan orang di dalam rumah mereka. Kemuncaknya ibu dan ayahnya bertengkar. Ibunya menyebut nama Som. Kong yang bersembunyi di sebalik pintu dapat mengagak pertengkaran ibu dan ayahnya pasti berpunca daripada nama wanita yang ada dalam foto yang ditemuinya di gudang tadi.
Ketika sedang mencuri dengar pergaduhan tersebut, tiba-tiba telefon bimbit Kong berbunyi. Kedua orang tuanya menoleh dan mengetahui Kong mendengar pertengkaran mereka. Ketika si ibu pergi, Kong pun memarahi ayahnya kerana melayan ibunya begitu. Namun tiada jawapan yang diterima. Ayahnya hanya mendiamkan diri.Â
Kesal dengan keadaan di rumah, dia pun pergi keluar menghubungi kawannya untuk mengajak keluar. Namun, tiba- tiba hujan turun. Telefon Kong dengan temannya menjadi putus–putus. Kong yang sedang mencari talian kemudiannya berteduh di pondok telefon awam.
Di sinilah bermulanya Kong dibawa ke masa lalu. Dia terbawa ke tahun 1995 dimana ibu dan ayahnya masih menjadi sepasang kekasih. Dengan kehidupan teknologi yang masih terbatas, hingga zaman kegemilangan muzik Rock Alternatif.
Lalu apakah yang terjadi pada Kong seterusnya? Akankah dia berjaya mengubah hubungan ayah dan ibunya menjadi lebih baik di masa depan? Lalu bagaimana dengan Som? Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.