Kenangan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pasti akan diingati oleh masyarakat kerana keuniknya disambut dalam suasana normal baharu. Meskipun kegembiraan menyambut Aidilfitri hampir sama seperti tahun-tahun sebelumnya, namun ada juga yang perlu berkorban jiwa dan raga demi tugas untuk negara. Begitu juga dengan Zaid dan Hisyam yang perlu bekerja pada malam raya untuk menghantar jenazah. Kisah mereka dirakam dalam filem raya, ‘Syif Malam Raya’ yang boleh ditonton di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 21 Mei 2020.
Syif Malam Raya adalah sebuah filem raya komedi yang disuntik elemen seram dan ia merupakan filem tempatan kedua yang awalnya dirancang untuk tayangan di pawagam.
Namun begitu oleh kerana lanjutan dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), filem ini di bawa terus ke pawagam rumah anda, menerusi saluran Astro First.
Bersempena dengan kedatangan Aidilfitri, Astro Shaw dengan bangganya membawakan sebuah filem raya terbitan Ray Theme dan edaran United Studios untuk tatapan penonton Astro di Hari Lebaran nanti.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios dan selaku Penerbit filem Syif Malam Raya, Dato’ Norman Abdul Halim berkata,
“Walaupun pada awalnya filem ini dijadualkan untuk tayangan di pawagam, industri perfileman tempatan harus berdepan dengan keadaan realiti semasa dan ketidak-tentuan tarikh mula pawagam untuk kembali beroperasi.
Pihak kami amat bernasib baik kerana Syif Malam Raya dipilih untuk mula tayangan di Astro First beberapa hari sebelum Hari Raya.
Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Astro yang bertindak begitu pantas dalam menyediakan ruang alternatif buat kami penggiat seni, sekaligus memainkan peranan penting dalam menyelamatkan industri perfileman tempatan.”
– Dato’ Norman Abdul Halim
Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan lanjutan daripada PKPB, masyarakat tidak dapat pulang ke kampung menjelang Hari Raya dan Astro Shaw terus memainkan peranannya dalam mengutamakan penonton Astro dengan menghidangkan konten-konten segar dan sesuai untuk tontonan sekeluarga.
“Sejajar dengan seruan Kerajaan yang membenarkan rakyat Malaysia meraikan sambutan Aidilfitri pada hari pertama sahaja dan terbatas dengan SOP daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kami yakin Hari Raya masih boleh disambut dengan meriah menerusi inovasi dan kreativiti baharu yang dicipta.
Selepas sambutan positif dan kini menjadi filem nombor 1 paling tinggi sewaan di Astro First, filem ‘Manap Karaoke’ yang ditayangkan pada awal Mei lalu membuktikan penonton mula menerima suasana baru menonton filem terus di pawagam rumah mereka.
Justeru itu, khas untuk bulan Syawal akan datang ini, Astro Shaw meneruskan inovasi baharu tersebut dengan mempersembahkan sebuah lagi filem, edisi istimewa Raya, yang bertepatan dengan tema raya Astro ‘Jarak akan menguatkan kita, untuk esok yang lebih bermakna’, di mana Syif Malam Raya mempunyai elemen penghayatan yang cukup mendalam tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri – dengan memberi penekanan bahawa tidak kira di mana sahaja kita berada, jalinan masih tetap dapat dieratkan dan kekal utuh.
Kami berharap agar filem ini mampu mengisi Hari Lebaran penonton dengan senyuman walaupun berjarak tempat”.
– Raja Jastina Raja Arshad
Syif Malam Raya menampilkan barisan pelakon popular seperti juara Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful, bintang media sosial, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Syahmi Sazly, pelawak terkenal Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, serta pelakon handal Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia dan Shiela Mambo.
Ini adalah penampilan pertama Selebriti Youtube Yoe Parey, Asif Suhaimi dan Syahmi Sazly di dalam filem. Menerusi treler filem yang dikongsi di laman media sosial, rata-rata komen menyatakan tidak sabar untuk menyaksikan gandingan calon kategori ‘Influncer MeleTOP Anugerah MeleTOP ERA 2020’ bersama pelakon-pelakon hebat tanah air.
Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri. Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka.
Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.
Manakala, mood raya lebih dirasai dengan lagu raya yang diselitkan di dalam filem. Lagu tema utama bertajuk Raya Online, nyanyian kumpulan Zero & Kengkawan, komposer oleh Azmeer dan Lirik oleh Senibayan.
Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.