in ,

SYAITAN MUNAFIK Filem Berusia 12 Tahun Digilap Semula Kini di Pawagam

Penerbit Syaitan Munafik, Datuk Mohd Rosdi Shair berkata filem terbitan United Nine Creative Sdn Bhd itu menelan kos pembikinan berjumlah RM1.7 juta.

Berkata semasa sidang media sejurus selepas tayangan, Pengarah Urusan United Nine Creative, Datuk Mohd Rosdi Shair, yakin penambahbaikan yang dilakukan untuk sebuah filem lama berjudul Syaitan Munafik, mampu memberi daya tarikan buat penonton era baharu.

Filem tersebut menampilkan pelakon Indonesia, Dea Lestari disamping pelakon hebat tanah air seperti Allahyarham Ashraf Sinclair, Bandi Amuk, Faizal Hussein, Ruminah Sidek dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Filem itu mengambil masa yang terlalu lama untuk ditayangkan kerana beberapa masalah teknikal.

Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan kerja-kerja penstrukturan semula filem berkenaan yang dibuat dengan sangat baik. Ia termasuk tambahan babak baru tetapi tetap mengekalkan jalan cerita yang ada.

ZIZI KIRANA TV AL HIJRAH - 1

Filem Syaitan Munafik lakonan Allahyarham Ashraf Sinclair yang memasuki pawagam mensasarkan satu juta penonton tempatan.

“Kita tidak takut untuk bersaing sebab kita yakin cerita begini tidak terlalu berat, cuma menghiburkan. Orang tanya kenapa pilih filem ini, filem itu cerita masyarakat yang berlaku zaman kita kecil dulu,”

– Datuk Mohd Rosdi Shair

Katanya, karya berusia 12 tahun tersebut telah digilap semula menerusi sentuhan penerbit kreatif, MP Roslin Md Sharif namun masih mengekalkan jalan cerita sedia ada.

“Saya berpuas hati dengan kerja-kerja penstrukturan filem ini yang dibuat dengan sangat baik dengan tambahan babak baru tetapi tetap mengekalkan jalan cerita yang ada.

“Bagaimanapun, ada olahan dibuat juga bagi menjadikannya lebih mantap dan senang difahami oleh penonton. Malah penggunaan teknologi-teknologi terkini juga dapat menyuntik rasa keyakinan buat peminat filem seram,”

– Datuk Mohd Rosdi Shair

Selain itu, kata Rosdi, asalnya, filem arahan Majed Salleh ini turut melibatkan Allahyarham pelakon Ashraf Sinclair selain Faizal Hussein, Raja Farah dan Ruminah Sidek.

“Pun begitu, industri seni dikejutkan dengan berita kematian Ashraf pada Februari 2020. Tetapi perancangan untuk filem ini menemui penonton di dua negara tetap diteruskan. Filem Syaitan Munafik ini juga diubahsuai menerusi babak tambahan lakonan Kazar Saisi.

“Ia menerusi teknik rekaan dimana pihak produksi telah menghasilkan sudut penyuntingan menggunakan teknik ‘fast cut’ dan menambahbaik warna (colour grading) mengikut definisi tinggi.

– Datuk Mohd Rosdi Shair

Memang filem ini dah lama tapi kami ‘convert’ dia agar berwajah baru dan tidak dinafikan, ia memakan modal yang tinggi. Selain itu,kami turut memasukkan dolby surrounding, stereo dan kesan khas yang terkini untuk memantapkan kualiti bunyi,”

Filem SYAITAN MUNAFIK Karya Berusia 12 Tahun Digilap Semula Kini di Pawagam

Sementara itu, Rosdi juga memaklumkan, pihaknya telah berkunjung ke Jakarta, Indonesia bagi berbincang dengan beberapa pihak pengedar dalam usaha membawa filem ini ke sana pada 6 Disember lalu.

“Tidak lama selepas pulang ke tanah air, saya mendapat berita Jakarta Sinema sebagai pengedar telah bersedia untuk menayangkan filem ini di 60 pawagam dan mungkin lebih lagi.

“Kami juga telah bersetuju dengan gandingan pengedar dan rakan-rakan promosi kedua-dua negara untuk menganjurkan Malam Gala Premier filem ini yang akan diadakan di bangunan Pusat perfileman H Usmar Ismail, Kuningan Jakarta,”

“Bagi edaran di Malaysia pula, kami bersedia untuk masuk ke 70 buah panggung di seluruh negara,” katanya.

– Datuk Mohd Rosdi Shair

Datuk Mohd Rosdi Shair berkata, di Indonesia, beliau berharap dapat menarik dua juta penonton melalui kemunculan dua pelakon negara itu, Dea Lestari dan Tessa Mariska.

“Satu lagi faktor yang mungkin menarik penonton ialah populariti pelakon utama, Allahyarham Ashraf yang meninggal dunia tiga tahun lepas.

“Saya percaya peminat yang merindui arwah akan menunggu peluang menonton lakonan beliau selain kemunculan pelakon tempatan seperti  Bandi Amok, Mak Mah, S Azli, Munir (Phyne Ballerz), Linda Hashim dan Ramli Salleh,”

– Datuk Mohd Rosdi Shair

Mohd Rosdi yang juga dikenali sebagai Ray Rusdi berkata, pihaknya juga bercadang menyalurkan sedikit sumbangan kepada waris keluarga pelakon yang meninggal dunia sekiranya filem itu memperoleh kutipan memberangsangkan.

“Selain Ashraf, beberapa tenaga penggiat telah kembali ke rahmatullah iaitu pengarahnya, Majed Saleh serta pelakon S. Shamsuddin dan Maidin.

“Tenaga penerbitan juga akan menerima imbuhan sekiranya kami berjaya mencapai sasaran kutipan,”

– Datuk Mohd Rosdi Shair

Meskipun mengambil masa 15 tahun untuk disiapkan, Ray Rusdi berkata, filem itu masih relevan untuk ditayangkan.

“Saya tidak takut untuk bersaing kerana yakin akan kemampuan cerita bergenre seram yang tidak terlalu berat untuk ditonton dan menghiburkan untuk tontonan seisi keluarga.

“Tempoh yang lama diambil untuk disiapkan kerana masalah teknikal. Tapi dengan penambahbaikan aspek teknikal serta sepuluh peratus babak tambahan dengan kos RM300,000 di samping kos asal RM1.6 juta, saya yakin filem ini akan diterima,”

– Datuk Mohd Rosdi Shair

Beliau berkata walaupun pada asalnya timbul bantahan daripada pelakon kerana isu babak berkemban, namun ia bersesuaian dengan proses menuntut ilmu hitam yang dipaparkan dan bukan bertujuan mengeksploitasi artis.

 “Tiada masalah langsung mengenai perkara itu kerana filem ini memaparkan kisah masyarakat yang sering diceritakan oleh orang tua kita pada masa dahulu.

“Lembaga Penapis Filem juga telah meluluskan tayangannya dengan potongan lima peratus saja,” katanya.

Ray Rusdi berkata selain tayangan di 51 pawagam Malaysia, Syaitan Munafik menemui penonton di 10 pawagam di Brunei. Manakala tayangan di Indonesia dijangka bermula pada Januari tahun depan.

“Insya-Allah pelakon dan wartawan Malaysia akan diterbangkan ke sana oleh TransNusa Air yang turut menaja penerbangan 18 artis Indonesia untuk memeriahkan tayangan perdana filem itu di sini pada Isnin lepas,”

Filem genre seram dengan modal RM1.7 juta ini dihasilkan sejak 2008 dan menampilkan dua pelakon Indonesia iaitu Dea Lestari dan Tessa Mariska.

Sinopsis Filem SYAITAN MUNAFIK

SYAITAN MUNAFIK mengisahkan cerita orang-orang tua dengan terjadi insiden dimana satu kumpulan pelajar lndonesia bergabung bersama tiga lagi pelajar tempatan.

Setelah mengambil teman mereka di ‘airport’ dan meneruskan perjalanan ke selatan tanahair untuk ke destinasi yang dirancang. Demi mengejar cita-cita untuk membuat ‘research’ tentang seorang dukun tua yang sebenarnya adalah raja segala saka dan ilmu hitam.

Di dalam perantauan, mereka telah menempuh berbagai halangan serta rintangan dari awal perjalanan hinggalah tiba dikaki gunung tersebut. Tanpa menghiraukan kejadian-kejadian aneh itu berlaku, kenderaan yang mereka naiki itu terus melunsur kesatu tempat dan terus menyusuri ke alam ghaib tanpa mereka sedari perubahan dua alam itu.

(Dari reality ke fantasi) Home stay atau @ Chalet Maideen lokasi pertama yang mereka jumpa dan terus berhenti untuk berehat sementara menunggu siang sebelum meneruskan misi mereka. Dengan tiba-tiba munculnya tuan punya chalet itu, bersama seorang pembantu yang dipanggil Apek terus menyantuni mereka berlima.

Dari awal memasuki bilik sehinggalah waktu santapan mereka terus mengalami peristiwa-peristiwa dan kejadian aneh ditambah pula dengan cerita-cerita dan kejadian lampau yang terjadi di chalet tersebut.

Bermula dengan kisah hantu kubur yang mengisahkan seorang wanita mati akibat menuntut ilmu hitam demi memuaskan dendam hati, bersangkutan pula dengan hantu raya yang mencari tuan baru untuk menjaganya dengan sering menunggu wanita-wanita yang ingin bersalin untuk habuannya.

Dengan gangguan makhluk toyol dilokasi penginapan mereka juga terus mengganggu sehingga terjadi perbalahan antara mereka yang sememangnya ada cubaan daripada antara mereka untuk melarikan diri tetapi gagal dengan halangan halangan yang ada.

Kemunculan pontianak yang tidak diundang itu lagi membuatkan mereka terus mencari jalan keluar sehinggalah salah seorang dari mereka cuba untuk memasuki sebuah stor lama dimana disitulah punca segalanya berlaku. (mimipi illusi)

Setelah mengharungi sepanjang malam itu, akhirnya mereka berjaya melarikan diri dan mendapati tempat yang mereka duduk itu tidak wujud dan hanyalah hutan tebal tiada berpenghuni.

Siapa Maideen…? Siapa Apek…? Dimana chalet yang besar itu hilang serta apa yang di makan sepanjang bermalam disitu…? Semuanya menjadi pertanyaan dan kekeliruan antara fantasi dan realiti… Siapakah sebenarnya Pendekar Tok Bandi… ? Penipuan apakah ini? Semakin keliru yang mengelirukan…

Barisan pelakon tanah air yang terlibat ialah, Dian P Ramlee, Airis Yasmin, S Samsudin, Chik, Nabil Ahmad, Yank Kassim, Datuk Jalaluddin Hassan, Latif Borgiba, Fatimah Yahya dan Zila Bakarin.

Tidak ketinggalan membintangi filem ini ialah Ramly Saleh, Munir, Linda Hashim, Nadia, A Galak, Fathil Dani, S Azli, Maidin, Mak Jah dan Erry Putra.

Filem ini ditayangkan di pawagam mulai 21 Disember 2023.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pentas Marhaban Catat Rating Tinggi Kalahkan Program Hiburan Popular

Tiket Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza Habis Dalam Masa 2 Jam