in , , ,

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem SYAITAN Lakonan Rosyam Nor

Saya telah menerima jemputan untuk menghadiri satu majlis tayangan media untuk filem SYAITAN. Syaitan merupakan sebuah filem seram yang akan menemui penonton pada 25 Januari ini di pawagam berdekatan.

Terima kasih kepada Tayangan Unggul kerana sudi menjemput. Kepada penulis blog yang lain, temui anda di sana! Nantikan ulasan saya setelah selesai sesi tontonan filem ini yang akan diadakan di Golden Screen Cinemas, Mid Valley. Sekarang ini saya sedang menulis ulasan untuk filem KUNTILANAK yang telah saya tonton pada 13 Januari yang lepas.

Melihat kepada poster yang kelihatan gothik, kelam, suram dan diselaputi mendung, saya dapat gambarkan ceritanya banyak mengkhususkan kepada permasalahan, kemelut manusia serta psikologikal jiwa yang dirasuk oleh syaitan. 90% kejahatan manusia di dunia ini adalah datang dari bisikan syaitan dan 10% lagi datang dari dalam diri manusia itu sendiri. Ini fakta yang jelas menunjukkan diri kita perlu ada benteng untuk melawannya.

Sebagaimana Mawi yang sekarang ini diganggu oleh bisikan dan mimpi aneh. Nasib baik Mawi pandai mengawal gangguan dengan benteng kekuatan jiwanya. Hidup sebagai selebriti jutawan pastinya ada yang dengki dan cemburu… Itulah harga yang patut dibayar oleh Mawi. Ini mengingatkan saya tentang Siti Nurhaliza yang ada membaca ayat untuk menghalang dari gangguan kuasa jahat.

SINOPSIS FILEM SYAITAN

Dalila dan Muslim yang baru berkahwin telah berpindah ke sebuah apartment baru.  Paksaan untuk berkahwin telah membuatkan Dalila rasa tertekan.  Saat inilah, syaitan durjana memainkan peranannya menghasut perasaannya agar melakukan sesuatu di luar batas manusia. 

Atas perancangan rapi, kereta Muslim telah bertembung dengan lori yang menyebabkannya  koma.  Dalam komanya, Muslim dihantui oleh kejadian-kejadian pelik yang seperti benar-benar berlaku.

Setelah sedar dan dibenarkan pulang, Muslim cuba menceritakan kepada Dalila igauan  komanya itu.  Dalila cuba mengelak daripada mendengarnya dengan memberikan pelbagai alasan.  Namun apa yang dilalui Muslim dalam koma mula menjadi nyata apabila sekali lagi beliau cuba dibunuh, tetapi dapat diselamatkan oleh Ana, seorang ‘anak istimewa’.

Apakah kejadian-kejadian pelik yang dialami Muslim dalam komanya?  Apa tindakan Muslim seterusnya?  Bagaimana dengan Dalila?  Adakah syaitan akan terus berjaya menghasut makhluk yang bernama manusia? Saksikannya dalam filem ‘SYAITAN’…

Syaitan mengingatkan saya kepada filem KL Menjerit yang menggegar pawagam tahun 2002 dengan tagline “Cinta takkan datang, kalau tak dicari … Cinta takkan dapat, kalau tak memberi …” dan juga Gangster. Ada sedikit persaman. Tidak percaya lihat sahaja pengarah dan pelakonnya. Saya sudah jemu melihat kolaborasi antara Rosyam dan Bade. Apa-apa pun, kita akan cari, apakah SYAITAN dapat menyaingi mutu serta garapan filem Bade Hj Azmi sebelum ini?

TENAGA PRODUKSI

PENERBIT
Tayangan Unggul Sdn. Bhd

PENERBIT EKSEKUTIF
Gayatri Su-lin Pillai

PENERBIT PENYELARAS
Hazil Izham Ismail

PENGURUS PRODUKSI
Zulkifli Ibrahim

CERITA ASAL
Khir Rahman Hassan

PENGARAH/ / LAKON LAYAR
Bade Hj Azmi

PENOLONG PENGARAH
Ahmad Rizal Othman

PENGARAH FOTOGRAFI
Raja Mukhriz

PENATA RIAS
Arman Simin

PENGARAH SENI
Azwan Aziz

PELAKON
Rosyam Nor
Lis Dawati
Que Haidar
Zulhuzaimi
Norkhiriah
Liyana Jasmay
Azri Iskandar
Kushayry
Ellie Suriati

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sah! Abhishek Bachchan & Aishwarya Rai Bertunang, Netizen Doakan Yang Terbaik

Rasukan Filem Seram KUNTILANAK VS SYAITAN Yang Makin Trending di Pawagam