Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan filem “Setup” yang buat pertama kalinya menyatukan lakonan mantap pelakon Curtis “50 Cent” Jackson dan Bruce Willis pada 1 Ogos ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2.
Turut menyaksikan kemunculan pelakon Shaun Toub, Randy Couture dan Ryan Phillipppe, filem arahan Mike Gunther ini berkongsi memaparkan tentang rompakan berlian yang dilakukan oleh Sonny dengan dua orang rakan perompak. Rompakan itu dirancang dengan teliti tetapi seorang orang awam telah ditembak mati oleh Vincent, rakan Sonny.
Filem SETUP Lakonan Bruce Willis pada 1 Ogos Ini di TV2
Sementara itu Sonny memarahi Vince kerana membunuh tanpa sebab. Vince pula menembak Sonny dan rakannya untuk mengambil kesemua berlian itu. Namun Sonny terselamat daripada tembakan itu dan berazam mencari Vince yang menembaknya.
Sonny seterusnya bekerjasama dengan ketua samseng untuk menjejaki Vince. Usaha untuk membalas dendam ini menyebabkan Sonny terpaksa menghadapi pelbagai cabaran yang genting.
Konflik tambah memuncak bila Sonny terpaksa melakukan tembak menembak dan banyak pembunuhan yang mengeri terpaksa beliau lakukan terutama semasa berdepan dengan kumpulan samseng Rusia yang terkenal dengan tindakan kejam terhadap musuhnya.
Kerana tiada pilihan yang lain akhirnya Sonny cuba untuk menjejaki Vince dan menghukumnya. Sementara itu semua penjahat yang terlibat dengan pembelian berlian itu bermusuhan antara satu sama lain dan menembak mati sesama mereka.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.