in

Filem SERU Terpilih Ke Far East Film Festival FEFF Ke 13

SERU – Serukan Namaku, Bangkitkan Jasadku

Pierre Andre dan Woo Ming Jin pertama kali bekerjasama mengarahkan filem seram terbaru SERU. Filem ini adalah terbitan bersama Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) dan Hanamia Services Sdn. Bhd.

Menampilkan Shaarnaz Ahmad sebagai pelakon utama, filem ini turut dibantu oleh Katija, Cut Mutia dan Nisha Dirr. Manakala Awal Ashaari , Nora Danish dan Pierre Andre membuat penampilan khas.

Menurut Shaarnaz Ahmad, dia berasa amat teruja dengan kemunculan filem ini kerana ini adalah filem pertama lakonannya dan filem ini bercorak horror movie berlainan dengan drama-drama lakonan yang sebelum ini. Menurutnya lagi Slasher Horror Movie mungkin adalah filem yang agak baru di Malaysia, kelainan ini yang akan diharap mampu membawa penonton ke pawagam.

poster seru

Pengambaran yang mengambil masa 20 hari ini telah dilakukan dia beberapa lokasi menarik di Hulu Langat dan Lanchang, Pahang. Mengambil latar belakang diset pengambaran sebuah filem produksi “Jangan Bernafas” pelbagai kejadian aneh telah berlaku apabila salah seorang daripada krew telah terbabit dengan kejadian histeria. Sesi pengambaran dingangu dengan pelbagai rasukan. Satu demi satu kejadiah aneh telah berlaku menyebabkan pengambaran dingangu dengan perkara-perkara aneh.

Di dalam semua kejadian, kamera pengambaran sempat merakamkan semua aksi dan kejadian aneh tersebut. Hanya kamera tersebut mampu menjawap segala persoalan apakah punca sebenar kepada kejadian aneh ini. Pada mulanya krew yang terlibat didalam set ini menanggap ia adalah satu bentuk promosi untuk filem Jangan Bernafas. Namun kejadian menjadi lebih kritikal apabila satu demi satu crew yang terlibat dirasuk dan hilang.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.48 juta ini menemui penonton di 54 pawagam di seluruh Malaysia pada 28 April 2011.

Woo Ming Jin; seorang lagi pengarah muda yang diberikan kepercayaan oleh TUSB untuk mengarahkan filem SERU disamping Pierre Andre.

Menyifatkan peluang yang diberikan oleh TUSB sangat berharga, dia tidak berfikir panjang untuk mengalas tugas ini bersama sahabatnya.

“Idea asal ini timbul apabila saya dan Pierre duduk bersama bagi mengarapkan filem ini, kerana Malaysia belum pernah menghasilkan filem seram yang berbentuk “Slacher” ini. Setelah memulakan beberapa beberapa berbincangan dengan pihak TUSB barulah mereka bersetuju untuk menjadi penerbit.

Filem Quarantine adalah salah satu filem yang menjadi bahan rujukan Ming Jin dan Pierre. Menyifatkan filem ditangani oleh 2 pengarah membawa kelainan kerana dapat menghimpunkan idea yang lebih kreatif.

Pierre lebih banyak fokus kepada aspek lakonan manakala Ming Jin sendiri menitikberatkan aspek teknikal. Memulakan karier dalam bidang pengarahan setelah pulang dari Amerika Syarikat setelah menamatkan mengajian dalam bidang Film & TV Production, 2003 memberanikan diri untuk menghasilkan filem pendek Love For Dogs. Salon merupakan filem pertama arahannya di Mainstream pada tahun 2005.

Terpilih ke Far East Film Festival ke-13 (FEFF)

Walaupun SERU masih belum menemui penonton di pawagam namun filem ini mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila terpilih mewakili Malaysia ke Far East Film Festival (FEFF) ke-13.

Festival ini berlangsung adalah bertujuan bagi meningkatkan kefahaman dan memberi penghargaan kepada karyawan filem Asia oleh masyarakat di Eropah dan Itali sendiri. Kewujudan festival ini juga adalah menjadi medan terbaik buat karyawan Asia dan Eropah bertukar pandangan dan idea bagi meningkatkan kualiti filem mereka. Sebuah lagi filem terbitan TUSB turut terpilih ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid.

Selama 12 tahun festival ini membawa filem-filem popular Asia kepada penonton di Itali dan sebahagian Eropah. Festival ini bakal berlangsung pada 29 April hingga 7 May 2011 di Udine, Itali

Seru

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Trailer Poster FIlem SERU

The Azenders Join Hard Rock Calling 2011 in London