in ,

Filem Saroja dan Pachaikiki Muthucharam di TV2

2 FILEM TAMIL BLOCKBUSTER SEMPENA SAMBUTAN “GEMERLAPAN DEEPAVALI” DI TV2

Gemerlapan Deepavali yang diangkat Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai tema meraikan sambutan perayaan diraikan penganut Hindu bertambah semarak dengan tayangan dua filem Tamil blockbuster yang pastinya begitu dinanti-nantikan pleh penonton setia Saluran Dunia Ria TV2 pastinya.

Dua filem Tamil Blockbuster Deepavali hebat dijanjikan TV2 melibatkan filem Saroja pada 17 Oktober 2009 (Sabtu), jam 8.30 malam dan Pachaikiki Muthucharam pada 18 Oktober 2009 (Ahad), jam 1.30 petang.

Menerusi Saroja, filem komedi drama popular tahun 2008 arahan Venkat Prabhu, penonton dibawa menghayati filem lakonan pendatang baru, Vega Tamotia memegang watak Shiva, Vaibhav Reddy, Premji Amaren dan S. P. B. Charan memegang watak utama serta dibantu Prakash Raj, Jayaram, Kajal Aggarwal, Sampath Raj, Nikita Thukral dan Nagendran dalam filem yang diaspirasikan daripada filem terkenal Hollywood sekitar tahun 1993 berjudul Judgment Night. 

Saroja berlegar sekitar kisah pengembaraan empat sahabat baik melibatkan Jagapathi Babu (S.P. Charan), Ram Babu (Vaibhav), Ganesh (Premji) dan Ajay Raj (Shiva), di mana mereka terkandas di hutan ketika dalam perjalanan menghadiri pertandingan kriket antarabangsa yang berlangsung di Hyderabad.

Konflik bermula apabila terjadi penculikan seorang wanita bernama Saroja (Veda) oleh kumpulan samseng lakonan berkesan Sampath. Ravichandran, seorang penolong pesuruhjaya polis membantu ayah Saroja lakonan Prakash Raj untuk melakukan usaha menyelamatkan gadis itu.

Menyusul keesokkan harinya filem Pachaikiki Muthucharam pula yang berlatarkan kisah kekeluargaan yang boleh ditonton seisi keluarga dengan mengetengahkan watak sepasang suami isteri kenali sebagai Sarath dan isterinya, Andrea hidup dalam situasi yang bahagia. Begitu pun kebahagiaan mereka secara tiba-tiba diragut dengan surat layang yang diterima daripada Milind Soman mengugut Sarath untuk membocorkan rahsia hubungan sulit yang pernah terjalin antara Sarath dengan wanita lain dikenali sebagai Jyothika kepada Andrea.

Dugaan bermula apabila anak lelaki mereka jatuh sakit dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menjalani rawatan lanjut. Situasi itu membuatkan Andrea menumpukan sepenuh perhatian terhadap anak mereka tanpa menyedari suaminya rasa terabai dan kesunyian. Sungguh pun begitu Sarath cuba untuk memahami situasi dan perasaan isterinya itu sebagai seorang ibu.

Satu hari tanpa diduga telah berlaku pertemuan secara tidak sengaja antara Sarath dengan Jyothika ketika masing-masing sedang menunggu keretapi untuk ke tempat kerja. Perkenalan yang bermula sebagai teman apatahlagi masing-masing sudah berkeluarga dan memiliki anak itu berterusan hingga pertemuan di restoren dan kedai kopi. Jyothika mula untuk menggoda Sarath untuk bersiar-siar dan menonton wayang bersama tanpa sebarang rasa bersalah. Hakikatnya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Rancangan yang pada mulanya sekadar untuk bersiar-siar membawa kepada singgah ke bilik hotel.

Malangnya mereka di rompak dan di depan mata Sarath kekasihnya itu dirogol perompak bernama Milind Soman yang kemudiannya mengugut Sarath menyerahkan wang kerana sekiranya gagal perkara itu akan dibongkarkan kepada umum. Untuk menyelamatkan diri, Sarath tanpa berfikir panjang menggunakan wang yang ada untuk perbelanjaan perubatan anaknya asalkan dapat menutup aibnya. 

Namun pengorbanan Sarath tidak dihargai Jyothika apabila dia berlaku curang dengan Milind Soman dan perkara itu sampai ke pengetahuan Sarath yang menimbulkan rasa berangnya. Lalu apakah yang terjadi? Masihkah ada ruang untuk Sarath ke pengetahuan keluarganya semula?

Kepada anda penonton setia filem Tamil dalam kemeriahan Deepavali ini, usah ketinggalan menyaksikan dua filem hebat, Saroja pada 17 Oktober 2009 (Sabtu), jam 8.30 malam dan Pachaikiki Muthucharam pada 18 Oktober 2009 (Ahad), jam 1.30 petang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hujan Tour 2009 Mencari Konklusi Ke Utara

Sejarah Di Sebalik Cerita Lembing Awang Pulang Ke Dayang