Tahniah buat pengarah termuda negara, Shafiq Yusof di atas kejayaan filem pertama arahannya, Saya Amat Mencintaimu (SAM) yang mencatatkan kutipan RM1.4 juta sepanjang 12 hari tayangannya di seluruh negara.
Berita ini disahkan sendiri oleh anak kedua kepada pengarah juga penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam ni.
“Alhamdulilah, setakat ini SAM sudah mencatatkan kutipan sebanyak RM1.4 juta dan saya berpuas hati dengan jumlah itu kerana perlu bersaing dengan dua lagi filem tempatan yang ditayangkan serentak dengan SAM.†katanya kepada Sinar Harian.
Bersama pengarah muda filem SAM, Shafiq Yusof di #GalaTVFiestaRaya
Rata-rata peminat juga pengkritik filem yang sudah menonton filem itu memberi komen yang memberangsangkan terhadap filem arahan pengarah muda itu kerana kelainan jalan cerita yang diketengahkan selain pengisian shot serta aksi lasak yang ditonjolkan sangat menarik minat penonton.
Biarpun hanya berbekal skrip yang cukup ringkas, kebijaksanaan Syafiq mengadun jalan cerita dengan baik membuatkan filem ini setaraf dengan filem daripada seorang pengarah yang berpengalaman luas.
SAM Dibarisi pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Lisa Surihani, Azad Jasmin dan Neelofa, filem berdurasi satu jam 35 minit ini telah menemui penonton sejak 16 Ogos lalu.
Bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Syafiq menyatakan dia akan mula mengarah drama bersiri KL Drift dalam waktu terdekat untuk tayangan saluran RTM lakonan abangnya sendiri, Syamsul. Drama tersebut dibintangi oleh Aaron Aziz, Puteri Sarah Liyana dan Norman Hakim.