Filem Redha memenangi tiga anugerah di Festival Filem Islam Antarabangsa Karzan yang berlangsung di Karzan, Russia, semalam.
Pengarah filem ini, Tunku Mona Riza melalui Facebooknya berkata, filem itu memenangi dua anugerah khas iaitu Anugerah Khas Pilihan Presiden Republik Tatarstan untuk Kemanusiaan dalam Sinematografi yang disampaikan oleh Naib Presiden Tatarstan.
Anugerah Khas kedua pula adalah daripada pengkritik filem Russia.
Menurut Tengku Mona, anugerah ketiga ialah Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem panjang.
Sumber: Utusan Malaysia