in , ,

Filem PROJECT SILENCE Lakonan Mendiang Lee Sun-Kyun Kini di Pawagam

Sebuah filem bergenre thriller, PROJECT SILENCE akan ditayangkan di seluruh Malaysia mulai 11 Julai ini. Nantikan peraduan menang tiket menonton filem ini tak lama lagi!

Project Silence disahkan akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 11 Julai ini. Filem thriller bertemakan bencana ini merupakan salah satu karya terakhir pelakon veteran Lee Sun-kyun yang meninggal dunia pada 27 Disember 2023.

Berita mengenai penayangan filem terbaru Korea ini diumumkan oleh CBI Pictures melalui media sosial. Pengedar tempatan tersebut juga telah mengeluarkan poster rasmi Project Silence yang memaparkan kekacauan di sebuah jambatan.

FILEM PROJECT SILENCE

“Filem aksi bertahan hidup yang penuh dengan misteri dan konspirasi di sebaliknya akan bermula! Lee Sun-kyun dan Ju Ji-hoon dalam Project Silence. Di pawagam mulai 12 Julai,”

– @CBIpictures melalui X (dulu Twitter) pada Rabu (26/6).

Project Silence mengusung genre thriller bertemakan bencana yang berlatarkan di sebuah jambatan. Sebagai sinopsis, pada suatu hari, jambatan yang berada di Korea itu tiba-tiba berkabut akibat cuaca buruk. Keadaan itu menyebabkan jarak penglihatan di jalan sepanjang jambatan menjadi sangat terhad. Tidak lama kemudian, beberapa kenderaan bertembung hingga meletup.

Situasi yang kacau menyebabkan jambatan tersebut terancam runtuh dan orang-orang di situ menjadi terdampar tanpa tujuan. Kekacauan semakin menjadi-jadi kerana beberapa anjing hasil eksperimen bernama Echo dari projek ketenteraan Project Silence ternyata juga turut terperangkap di jambatan tersebut.

Anjing-anjing itu kemudian melarikan diri dari kandang dan membahayakan warga yang terperangkap. Ancaman itu turut membayangi mereka yang berusaha bertahan hidup, seperti Cha Jung-won (Lee Sun-kyun), Joe Park (Ju Ji-hoon), dan Doktor Yang (Kim Hee-won).

FILEM PROJECT SILENCE

Project Silence diarahkan oleh Kim Tae-gon dari skrip yang digarap oleh pengarah bersama Kim Yonghwa dan Park Joo-suk. Tae-gun juga dikenali sebagai pengarah The Pot (2009), Sunshine Boys (2012), dan Familyhood (2016).

Filem ini tayang perdana di Cannes Film Festival pada 21 Mei 2023. Project Silence juga menjadi salah satu karya terakhir yang dibintangi oleh Lee Sun-kyun sebelum meninggal dunia pada akhir tahun lalu.

Lee Sun-kyun juga akan merilis filem baru lain berjudul The Land of Happiness. Selain itu, beliau dikenali sebagai bintang A Hard Day (2014), The King’s Case Note (2017), Take Point (2018), hingga Parasite (2019).

Lee Sun-kyun membintangi Project Silence bersama pelakon terkenal lain, iaitu Ju Ji-hoon. Filem ini merupakan karya terbaru Ji-hoon selepas membintangi drama Blood Free bersama Han Hyo-joo.

FILEM PROJECT SILENCE

Ju Ji-hoon juga dikenali sebagai bintang Confession (2014), Along with the Gods: The Two Worlds (2017), Along with the Gods: The Last 49 Days (2018), The Spy Gone North (2018), dan Ransomed (2023).

Selain itu, Project Silence turut dibintangi Kim Hee-won, Moon Sung-keun, Kim Su-an, Ye Soo-jun, Kim Tae-woo, dan Park Hee-von.

Project Silence akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 12 Julai 2024.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Solo Pertama B.I di Malaysia Telah Berjaya Pukau 3,000 Peminat

Peraduan Menangi Tiket Menonton di Tayangan Istimewa PROJECT SILENCE