Setelah sekian lama dikembangkan sejak 2018, filem prekuel kepada filem Kingsman akhirnya kita dapat mengetahui judul rasminya. Bukan itu sahaja, siri terbaru dari francais adaptasi dari komik Mark Millar ini juga menyiarkan sedikit sinopsis, yang sedikit sebanyak telah menjelaskan bagaimana pembentukan agensi penyiasatan itu pada permulaannya.
Menurut pengumuman rasmi yang disiarkan oleh Fox dan Disney, prekuel yang kembali diarahkan oleh Matthew Vaughn ini berjudul The King’s Man, bukan Kingsman: The Great Game seperti yang selama ini digembar-gemburkan sebelum ini.
Untuk sinopsisnya, filem ini menyoroti aksi seorang pemuda yang perlu mengejar masa untuk menghentikan penjahat yang merancang untuk menghapuskan manusia. Dimulakan dengan aksi hero yang seorang ini, kita akan mengetahui bagaimana agensi mata-mata Kingsman ini bermula.
Jika kita amati betul-betul, plot ini seolah-olah mahu memberitahu kita bahawa The King’s Man akan jauh berbeza dengan dua filem sebelumnya. Sebabnya, jika The Secret Service dan The Golden Circle lebih memaparkan kerjasama satu pasukan, sebaliknya dalam filem prekuel ini, The King’s Man banyak memaparkan aksi solo hero ini.
Apa-apa pun, apa yang kita harapkan semoga pendekatan cerita ini tetap mempertahankan daya tarik francais Kingsman, iaitu aksi agen rahsia yang penuh bertenaga dan dengan aksi pertarungan yang sadisnya tu.
The King’s Man mempertaruhkan barisan pelakon yang hebat juga. Antaranya, Aaron Taylor-Johnson, (yang pernah berkolaborasi dengan Vaughn di Kick-Ass), Harris Dickinson, Daniel Bruhl, Rhys Ifans, Matthew Goode, Djimon Hounsou, Gemma Arterton, Charles Dance, Tom Hollander, Stanley Tucci dan Ralph Fiennes. Pelakon otai yang terkenal iaitu Liam Neeson juga dikhabarkan turut berlakon untuk watak yang belum diketahui.
Filem The King’s Man dikatakan akan berada di pawagam pada 14 Februari 2020. Setelah filem ini siap, kabarnya Vaughn akan terus mengarah filem Kingsman 3, yang akan melanjutkan cerita The Golden Circle. Pasti mantap!