in ,

Filem Petaka Angkat Isu Keldai Dadah, Baca Ni Sebelum Korang Menonton di Astro First

Sudahkah anda menonton filem terkini berunsurkan Islamik yang ditayangkan di Astro First berjudul PETAKA : SYURGA ITU MILIKMU? Jika belum, mungkin sudah tiba masa anda menontonnnya. Kerana dalam entri kali ini, Budiey akan menyatakan sebab kenapa korang patut menontonnya.

Filem PETAKA yang ditayangkan pada 4 Februari 2021 di Astro First (CH480) ini dilakonkan oleh pelakon hebat iaitu PU Azman, Nabila Huda, Azman Ahmad, Wan Maimunah, Jaja Iliyes, Coki dan ramai lagi. Filem ini diterbitkan oleh Arie Zaharie Production Sdn Bhd dengan kerjasama AA Success Pictures Sdn Bhd.

Dikatakan filem Petaka arahan Azhari Zain ini sepatutnya keluar pada bulan Disember tahun lepas. Akan tetapi disebabkan masalah teknikal, tayangan filem terpaksa ditunda. 

FILEM PETAKA

Semasa menonton filem ini, penonton akan dibawa untuk menyelami sebuah kisah yang cukup menyayat hati. Ia berkisarkan tentang kisah kekeluargaan, kemasyarakatan, dan mengerti tentang sebuah kedaifan. Filem ini mengetengahkan isu berkaitan dengan kegiatan penyeludupan dadah dan bahayanya menjadi keldai dadah. Ia mendapat sokongan dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersempena dengan hari sambutan Kempen Antidadah Kebangsaan Ke-38 pada 19 Februari 2021.

Sinopsis Filem PETAKA

Petaka mengisahkan Sham, jejaka kampung berkorban menjaga ibunya yang uzur dengan mengambil upah kerja kampung. Haziq pula serabut mencari ganti pemandunya yang hilang untuk mengambil dari sempadan. Barang ini perlu diserahkan kepada Zamri (Konco Datuk Jamil). Dalam kenaifan Sham menerima tawaran kerja sebagai pemandu pada Haziq. Tiada lain untuk mengubah kedaifan hidup ibu dan adiknya. Kesempitan hidup tinggal di pondok usang usang atas belas kasihan Pak Ya Dagu. 

Sham bertekad untuk menebus rumah peninggalan arwah ayahnya. Sham adalah anak yanv mendahulukan isi perut ibu dan adiknya. Sham langsung tidak menghiraukan bahaya yang bakal menimpa.  Tidak  berumah tangga atas alasan kedaifannya. Cokk, budak lelaki belasan tahun menjadi rakan akrab pada Sham. Berkongsi hobi yang sama dan Coki juga selalu memberi insipirasi kepada tindakan Sham.

Ada tiga perkara yang perlu diikuti sewaktu menerima tawaran kerja.

1. JANGAN BANYAK TANYA!

2. JANGAN PERIKSA BARANG APA!

3. PASTIKAN TEPAT PADA MASANYA! 

Namun langit tidak selalu cerah. Rezeki yang muncul datang bersama dugaan yang bakal meragut nyawa. Apakah kesudahan yang bakal menimpa Sham dan keluarga?

Filem ini berlatarbelakangkan suasana keluarga di kampung yang serba serbi kekurangan. Kegigihan mencari kerja dalam menelusuri kesempitan hidup yang ada pada zaman sekarang ini.

Selepas menonton, penulis merasakan ia adalah sebuah filem yang dekat di hati kerana jalan cerita yang dipaparkan adalah realiti dan berlaku dalam masyarakat kita. Tambahan pula dengan loghat utara menjadikan filem ini seronok ditonton.

Dilihat dari segi itu, filem ini boleh dikatakan sebagai sebuah filem yang berpijak pada bumi yang nyata. Ya, tidak dinafikan ada sesetengah masyarakat sanggup melakukan apa sahaja demi wang tanpa mengira halal atau haram.

Penerbitnya, Arie Zaharie berkata, filem ini diinspirasikan daripada kisah benar iaitu membabitkan pelakon utamanya sendiri, Azman Ahmad yang menjaga ibunya yang sakit.

Sisi Jahat Pendakwah PU Azman 

Lakonan mantap daripada para pelakon utamanya boleh dipuji. Emosi yang diberikan nyata berbekas di hati penonton. Watak pendakwah terkenal PU Azman sebagai Haziq iaitu orang kanan kepada pengedar dadah berpengaruh, antara faktor yang menarik minat masyarakat untuk menonton filem Petaka. 

PU Azman yang menunjukkan sisi hitamnya sebagai penjenayah dalam filem ini sesuatu yang dianggap lain daripada yang lain atau tidak klise. Emosi marah dan benci yang lahir dalam diri penonton itu membuktikan watak yang dibawa berkesan sehingga mengusik emosi penonton.

Jadi, pujian harus diberikan kepada PU Azman yang berani membawa watak antagonis dengan sisi berbeza sekali dengan imej penceramah selebritinya. Siapa sangka, pendakwah bebas sepertinya mampu melakonkan watak jahat? Sebagai penjenayah, watak PU Azman dilihat berbeza daripada kebiasaan dan tidak klise dengan perwatakannya sebelum ini.

FILEM PETAKA

Lakonan Wan Maimunah sebagai ibu pula memanglah tidak dapat disangkal lagi sememangnya berjaya membawa wataknya dengan gaya penjiwaan karakter yang sangat berkesan. Terutama apabila ada babak yang sedih. Meski babaknya tidaklah banyak, namun tetap memberikan emosi yang tidak bukan biasa-biasa.

Lakonan Azman Ahmad sebagai pelakon utamanya juga tidak mengecewakan begitu juga dengan Nabila Huda. Watak Nabila Huda jika dikembangkan lagi mesti filem ini akan lebih menarik sebab kita tahu Nabila memang seorang pelakon yang boleh bawakan apa jua watak. Dalam filem ni juga ada ditampilkan bintang aplikasi Tik Tok Coki yang menggunakan nama sama dalam filem ini dan juga PU Azman. Sebagai pelakon baru, lakonan Coki masih boleh digilap dan percubaannya agak baik. 

FILEM PETAKA

Filem ini menerapkan nilai pengajaran dan mesej untuk tidak mudah terpengaruh dengan janji ‘bulan dan bintang’ hingga terjebak sebagai keldai dadah, ketaatan kepada keluarga selain usaha bersungguh-sungguh untuk keluar dari kepompong kemiskinan.berhati-hati agar tidak terjerumus menjadi keldai dadah dan ketaatan kepada keluarga adalah elemen sangat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

FILEM PETAKA

Malah, pengorbanan yang dilakukan demi menjaga ibu sakit antara elemen yang perlu ditekankan kerana nilai kasih sayang semakin terhakis dalam sesetengah keluarga.

Saksikan kisah menyayat hati filem Petaka – Syurga ini Milikmu melalui Astro First 4 Februari 2021. Langgan sekarang di Astro First Saluran 480 atau sewa di On Demand Store! Sambungkan PVR Box ke Wi-Fi, kemudian sewa & strim pada bila-bila!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rasyad Mahu Cabar Diri Untuk Keluar dari Zon Selesa Menerusi Lagu ‘DEJAVU’

Amar Asyraf Dalami Ilmu Agama, Sertai Jemaah Dakwah, Mahu Berubah Ke Arah Kerohanian