in

Filem Parunthu Spice of India di Hari Onam

KHAS HARI ONAM : PARUNTHU KONGSI KISAH KELUARGA DI TV2

Rakyat Malaysia sememangnya lebih sinonim mengaitkan perayaan sambutan kaum India dengan perayaan Deepavali, Thaipusam dan Ponggal. Namun ada satu lagi perayaan yang disambut mereka secara besar-besaran iaitu Hari Onam.

Onam secara tradisi disambut oleh penduduk di negeri Kerala, bahagian selatan India. Malah, di Kerala, sejak tahun 1961, Onam merupakan perayaan rasmi peringkat negeri dan diraikan secara besar-besaran. Tidak ketinggalan ianya turut disambut di negara kita.

Mammootty pelakon utama Parunthu

Semangat 1Malaysia yang diutamakan oleh kerajaan sememangnya bersesuaian dengan kepelbagaian kaum di Malaysia. Kelebihan ini yang menyatukan rakyat Malaysia bagaikan satu keluarga yang besar. Oleh itu, sempena sambutan perayaan Onam, Radio Television Malaysia (RTM) menayangkan filem menarik Parunthu mengisi slot Spice of India pada 29 Ogos 2010, jam 1.30 petang di TV2.

Filem yang diarahkan oleh pengarah filem berbakat M.Padmakumar dimulakan dengan kisah tragis sebuah keluarga di bandar Kozhikode yang mengambil keputusan untuk membunuh diri disebabkan desakan oleh Parunthu Purashu (Mammootty), ketua kumpulan mafia yang menjadikan hukuman bunuh kepada peminjam yang tidak membayar hutang.

Watak Purashu yang sedikit pun tidak mempunyai belas ihsan ini adalah disebabkan peristiwa pahit ketika kecil yang ditinggalkan ibunya. Akhirnya Purashu membesar sebagai orang kanan kepada Kunjikka (Mamookoya) seorang pemberi pinjaman wang yang kasar.

Kekejaman Purashu berterusan berlaku pada pemiutang dan juga keluarga yang tidak mampu untuk membayar pinjaman wang mereka. Antara peminjam wang yang tidak mampu membayar hutang Purashu adalah Hemanth Bhai (Jagathy Sreekumar) seorang usahawan Gujarati yang mengalami kerugian besar berikutan kekalahan kes di mahkamah.

Nasib malang bagaikan berulang apabila Hemanth Bhai yang berhutang dengan Purashu terpaksa berhdapan dengan sambutan perkahwinan anak sulung gadisnya Rakhi (Laksmi Rai) yang dikejutkan dengan kehadiran Purashu yang menghentikan majlis perkahwinan tersebut. Hemanth Bhai yang dalam keadaan buntu meminta pertolongan Kallayi Azeez (Jayan) untuk menyelamatkan keluarga serta perkahwinan anaknya itu.

Azeez juga merupakan seorang samseng yang licik. Ketika kecil Azeez sentiasa menang di dalam pertandingan bola sepak dengan Purashu dengan taktik tipunya. Berbalik pada masa kini, pertarungan dan perbalahan di antara Purashu dan Azeez terjadi. Disebalik itu, Vinayan (Jayasurya) telah berpaling tadah dari Azeez dan bersekutu dengan Purashu.

Berjayakah Purashu mengalahkan Azeez? Adakah Purashu akan berubah? Saksikan lakonan hebat dari filem Parunthu hari Ahad ini jam 1.30 petang hanya di saluran TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem 4 Madu

An American In Paris di TV2