Filem terbitan Universal Pictures ini mencipta kejayaan dengan meraih lima pengiktirafan, termasuk kategori Pengarah Terbaik yang dimenangi oleh Christopher Nolan, Aktor Terbaik (Cillian Murphy), Aktor Pembantu Terbaik (Robert Downey Jr), serta Skor Asal Terbaik (Ludwig Göransson).
Christopher Nolan, ketika memberi ulasan tentang kemenangan filem arahannya, menyatakan bahawa sebagai pengarah, tanggungjawabnya adalah untuk memastikan setiap pelakon memberikan hasil yang terbaik.
Cillian Murphy, sementara itu, mengucapkan penghargaan kepada Nolan kerana memberikan kepercayaan kepadanya selepas 20 tahun berada dalam industri lakonan.
Melalui watak ahli fizik J. Robert Oppenheimer, Murphy mengungguli nama-nama seperti Bradley Cooper dari filem Maestro, Leonardo DiCaprio (Killers of the Flower Moon), Colman Domingi (Rustin), Barry Keoghan (Saltburn), dan Andrew Scott (All of Us Stangers).
Sejarah peribadi turut terukir bagi pelakon Lily Gladstone yang memenangi trofi Aktres Terbaik menerusi peranannya dalam filem Killers of the Flower Moon, terbitan Apple Inc. Sementara itu, Emma Stone diiktiraf sebagai Aktres Terbaik Komedi untuk peranannya dalam filem Poor Things.
Pada acara anugerah tahunan tersebut, filem Barbie yang mendominasi senarai pencalonan dengan sembilan pencalonan mengungguli kategori Anugerah Box Office.