NASI LEMAK 2.0 DISAMBUT MERIAH DI MELBOURNE
NASI LEMAK 2.0 menerima sambutan hangat dari masyarakat Malaysia di Melbourne malam tadi bila filem ini ditayangkan kepada umum buat kali pertama sejak tayangan gala pada 29 Ogos lalu di Cineleisure @e-Curve di Damansara. Penonton berbilang bangsa terdiri dari komuniti Malaysia di sini yang berjumlah hampir 450 orang, sanggup membayar AUD$20 (RM64) untuk peluang menjadi antara yang pertama untuk menonton filem komedi dari Namewee yang dibawa bersama Prodigee Media dan Prodigee UB Entertainment di panggung wayang Hoyts di Melbourne Central.
Tayangan Nasi Lemak 2.0 di Melbourne, dihadiri beberapa orang pelakon yang terlibat dengan filem ini, termasuk Namewee yang merupakan tunggak utama produksi selain bertanggungjawab untuk lakonlayar dan menghasilkan muzik untuk runut bunyi Nasi Lemak 2.0.
Juga menghadiri tayangan ini, pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor, Miss Universe Malaysia 2010 Nadine Ann Thomas, pemuzik dan pelakon Dennis Lau dan pendatang baru Felixia Yeap.
Para pelakon berkesempatan bertemu peminat dalam sesi khas yang diaturkan bagi mereka yang membeli barangan Nasi Lemak 2.0 termasuk runut bunyi, kemeja t dan juga buku resipi filem ini yang merupakan koleksi istimewa gambar dan bahan lain sebalik tabir pembikinan filem Nasi Lemak 2.0.
Penerbit eksekutif bersama Nasi Lemak 2.0 merangkap penulis bersama lakonlayar, Fred Chong mengata Melbourne dipilih untuk tayangan berbayar pertama file mini, kerana banyak persamaannya pada tanahair.
“Bukan sahaja Melbourne diberikan penghormatan sebagai bandar paling bagus untuk menetap – yang menjadi gelaran idaman kami untuk diberikan pada mana-mana Bandar di tanahair, kita memilih Melbourne juga kerana ia berlatarbelakangkan masyarakat berbilang bangsa dan agama seperti di Malaysia.
“Lagipun, sejak tayangan gala Nasi Lemak 2.0, kami mempunyai masa dalam seminggu setengah sehingga file mini dibuka untuk tayangan umum seluruh Negara dan kami ingin satu Malaysia tahu mengenai filem ini yang meraikan keistimewaan kami sebagai masyarakat berbilang bangsa dan agama.â€
Tayangan di Melbourne disambut meriah komuniti Malaysia disini dan turut dihadiri Konsul Besar ke Victoria Dr Mohd Rameez Yahaya.
“Untuk sebuah produksi berbahasa Cina tempatan, Nasi Lemak 2.0 sudahpun memecahkan rekod sebagai filem paling banyak salinan diedarkan, iaitu sebanyak 70 salinan,†kata Fred.
“Ini mengalahkan jumlah 60 salinan yang diedarkan untuk filem Good Day, yang ditayangkan pada awal tahun.â€
Beliau juga mengatakan tenaga produksi menjangka lebih permintaan pada masa yang terdekat untuk salinan lebih dengan sambutan yang begitu mengalakkan sejak dua tayangan yang diadakan.
“Buat masa sekarang, kami kini dalam perbincangan terakhir untuk tayangan Nasi Lemak 2.0 di Singapura juga. Sebenarnya memandangkan kebanyakan lawak jenaka ini lebih pada selera penonton tempatan, sebenarnya tidak terlintas buat kami membawa filem ini lebih jauh daripada itu, tetapi kami tidak akan menolak kemungkinan itu jikalau ada permintaan.â€
Selain daripada tayangan Nasi Lemak 2.0, masyarakat Malaysia disajikan dengan pelbagai aktiviti oleh barisan pelakon yang hadir di Melbourne.
Para pelakon menghadiri majlis rumah terbuka di Malaysia Hall disini bersama lebih 150 rakyat Malaysia yang berkumpul untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu, mereka juga memeriahkan majlis menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia di Grand Hyatt di Melbourne yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga presiden MIC, Datuk G. Palanivel selain 60 tetamu yang merupakan konsul di sini dari pelbagai negara.
Namewee and Felixia juga mengadakan persembahan khas di kelab Billboard yang juga menampilkan dua DJ terkenal dari Malaysia, Goldfish dan Blink untuk ‘countdown’ Hari Merdeka, sementara Dennis Lau membuat persembahan khas di Crown Casino.
Namewee tersentuh dengan sambutan mengalakkan Nasi Lemak 2.0 dari para penonton berbayar yang pertama untuk filem ini, dan mengatakan ia di luar jangkaan.
“Memang saya rasakan, Nasi Lemak 2.0 akan diterima baik kerana filem ini meraikan keistimewaan kami sebagai rakyat Malaysia – dengan masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama.
“Walaubagaimanapun, sambutan di sini oleh penonton yang sanggup membayar lebih 6 kali ganda bayaran tontonan di panggung wayang di Malaysia, menjadi pembakar semangat untuk bersiap sedia untuk filem ini ditayangkan di tanahair.â€
Dikenali kerana kontroversi disebalik kelantangannya bersuara, Namewee mengharapkan Nasi Lemak 2.0 menjadi bukti, beliau tidak mempunyai niat yang tidak elok dalam mengkritik.
“Mungkin sebelum ini, ramai ingat yang saya hanya pandai mengkritik, dan saya hanya berani melakukannya di saluran Internet melalui Youtube. Kini, saya mempunyai buah tangan dalam filem ini, yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas niat saya, iaitu untuk melihat sebuah Malaysia yang meraikan segala perbezaan masyarakat kami yang berbilang bangsa dan agama.
“Saya terharu dan mengharapkan sambutan di tanahair juga sebegini bila tayangan Nasi Lemak 2.0 bermula di Malaysia pada 8 September nanti.â€
Adibah Noor yang turut membintangi filem ini sebagai antara watak utama, juga menyuarakan kebanggaannya terhadap hasil Namewee.
“Saya bangga menjadi sebahagian filem ini kerana dalam menghibur, Nasi Lemak 2.0 adalah ‘resipi’ kearah visi Perdana Menteri kami kearah 1Malaysia.
“Sambutan dari tayangan hari ini adalah bukti kita semua mampu gelak ketawa perbezaan antara kami dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama – dan dalam masa yang sama, menerima segala perbezaan tersebut yang membuatkan kami suatu masyarakat yang unik.â€
Nadine Ann Thomas bersetuju kenyataan Adibah dan mengatakan walaupun Nasi Lemak 2.0 berunsurkan lawak ringan, ia diselit dengan pesanan yang penting buat semua rakyat Malaysia.
“Dalam gelak tawa, Nasi Lemak 2.0 membuktikan kami saling memerlukan kearah Malaysia yang lebih hebat!
“Lawak yang diketengahkan oleh filem ini adalah cara yang baik untuk ketengahkan mesej penting ini kepada semua rakyat Malaysia dan saya turut bangga menjadi sebahagian Nasi Lemak 2.0 yang meraikan keistimewaan kami sebagai rakyat Malaysia, terutamanya pada Hari Medeka yang kami sambut hari ini.â€
NASI LEMAK 2.0 memperlihatkan pemikiran menarik dari pengarah baru, Namewee dalam sebuah satira yang mudah.
Garapan idea penulis skrip bersama Namewee dan penerbit bersama dan penerbit eksekutif Nasi Lemak 2.0, Fred Chong menawarkan lapisan yang mampu diterima dalam komedi yang disadur elemen sinis
Diketengahkan sebagai hiburan ringan, terselit unsur kritikan dan sindiran dalam filem ini, Nasi Lemak 2.0 menawarkan watak-watak yang berjaya menambat dan mencuit hati penonton.
Kritikan social yang tajam memastikan Nasi Lemak 2.0 melampaui sebuah komedi menghiburkan yang mencabar stigma sosial masyarakat.
Moral seringkali berlingkar disebalik lawak jenaka, membuktikan Namewee berjaya menemui formula untuk menyampaikan kritikan sosial kepada masyarakat, yang disampaikan secara lawak sambil menghulurkan sindiran tajam.
Nasi Lemak 2.0 berkisahkan seorang tukang masak yang mencari identitinya melalui masakan – dalam cubaannya untuk mendapat resipi untuk nasi lemak terbaik.
Nasi Lemak 2.0 dibintangi Namewee, Adibah Noor, Karen Kong, Afdlin Shauki, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nur Fathia, Nadine Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin dan Felixia Yap.
Difilemkan keseluruhannya dengan kamera DSLR, dengan peruntukan kurang RM 1 juta, cubaan Namewee yang pertama ini disajikan melalui bahasa Mandarin dan Kantonis, serta dialek Cina lain serta Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Tamil.
Untuk sedutan video dari Melbourne dan banyak maklumat selanjutnya mengenai Nasi Lemak 2.0, sila layari http://www.facebook.com/nasilemak2.0 atau laman sesawang Nasi Lemak 2.0 di http://www.nasilemak2.com