Walaupun tidak berjaya menandingi filem dari Iran, Crossing The Dust yang merangkul pingat emas, namun saya kira berada di kedudukan yang kedua sudah memadai memandangkan filem yang bertanding tidak kurang hebatnya.
Ironinya, dua filem tempatan turut bertanding tetapi tidak berjaya menggamit perhatian juri. dan gagal merangkul sebarang hadiah. Kesian. Menurut Yasmin, kemenanngan ini membuktikan bahawa filem Malaysia sudah setanding dengan filem luar negara dan mencapai standard atau piawaian yang ditetapkan.
Sebelum ini filem Mukhsin telah berjaya memenangi Anugerah Filem Terbaik bagi kategori Generasi Baru dan tempat kedua bagi Anugerah Juri Kanak-Kanak di Festival Filem Antaerabangsa Berlin ke 57 pada 17 Februari lalu.
Apakah ini petanda yang baik untuk filem Mukhsin akan menang sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 20 di USM pada Sabtu ini? Apa kata anda? Siapa yang akan menang?