in ,

Filem Monster In Law dan Kannaa Moochi Enada di TV2

2 FILEM ISTIMEWA HANGATKAN HARI IBU : MONSTER IN LAW DAN KANNAA MOOCHI ENADAA PADA 10 MEI 2009

Individu bergelar ibu pastinya golongan yang paling dimuliakan setiap insan di dunia ini tanpa mengira agama dan bangsa. Malah sebagai menghargai jasa mereka melahirkan dan mendidik anak-anak masing-masing menjadi insan tunggak harapan keluarga, justeru tanggal 10 Mei saban tahun mereka diraikan dengan pelbagai sambutan meriah khas Hari Ibu.

Turut sama menghargai mereka termasuklah Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengambil pendekatan tersendiri menerusi saluran Dunia Ria, TV2 dengan menyiarkan dua buah filem menarik pada 10 Mei ini (Ahad) iaitu Kanna Moochi Enadaa dalam slot Spice Of India, jam 12.00 tengah hari dan Monster In Law mengisi slot Sunday DayTime Special, jam 3.00 petang.

Menerusi slot Spice Of India, Kanna Moochi Enadaa (10 Mei 2009) mengetengahkan konflik kisah cinta pandang pertama antara pasangan kekasih yang mendapat tentangan daripada keluarga. Karya pengarah terkenal V.Priya ini padat dengan pengisian emosi dan kuasa pengaruh cinta di samping adegan aksi dan ikatan kekeluargaan yang erat antara anak-anak dengan ibu bapa masing-masing.

Plot kisah yang dibintangi pelakon-pelakon terkenal Sathyaraj, Radhika Sarathkumar, Prithviraj, Sandhya dan Sripriya ini menceritakan pemuda bernama Prithviraj, seorang arkitek yang menetap di Malaysia. Dirinya anak tiri kepada jutawan dikenali Radharavi yang telah kehilangan ibu bapa sejak kecil. Justeru dia mengusahakan perniagaan milik bapa saudaranya dalam situasi yang sentiasa memberi tekanan pada dirinya. Satu hari dia terlanggar gadis cantik, Sandhya dan di situlah terjadinya situasi jatuh cinta pandang pertama antara kedua-duanya. Ketika itu juga Sandhya mengetahui gadis diminatinya anak kepada Penguatkuasa Polis di Chennai.

Konflik mula berkembang apabila berlaku salah faham antara Prithviraj dengan kedua ibu bapa kekasihnya, Satyaraj dan Radhika sewaktu mereka di lapangan terbang yang kemudiannya telah mencetuskan prasangka tidak elok di hati pasangan suami isteri itu terhadap pemuda pilihan hati anak gadisnya. Kemunculan Radhika, ibu kepada Sandhya dilihat begitu membantu di tengah-tengah konflik anak gadisnya berdepan dengan situasi serba salah samada mahu meneruskan hubungan cinta dengan pemuda yang dicintainya atau menurut kehendak keluarga sendiri.

Menyusul kemudiannya Monster In Law (10 Mei 2009) mengisi ruang senggang petang anda dengan latar cerita gadis yang kurang beruntung dalam bercinta di mana akhirnya si cantik Charlotte ‘Charlie’ Cantilini (Jennifer Lopez) menemukan pria idamannya, Dr. Kevin Fields (Michael Vartan). Namun muncul masalah baru – IBUnya! Viola Fields (Jane Fonda) yang menjadi mimpi buruk bagi Charlie.

Viola takut bila ia harus kehilangan anaknya seperti ia takut kehilangan pekerjaan, sehingga Viola memutuskan untuk menjadi ibu mertua yang terburuk di dunia. Dibantu asisten Viola, Ruby (Wanda Sykes), mereka berdua mencuba untuk membuat rencana gila untuk menakuti Viola. Akan tetapi akhirnya Viola juga memutuskan untuk melawan dan membuktikan kemenangannya.

Filem bergenre romantik komedi arahan Robert Luketic dibawakan watak-wataknya oleh Jane Fonda, Jennifer Lopez, Wanda Skyes, Michael Vartan dan Adam Scott.

Untuk mengetahui kesudahan jalan cerita dua filem hebat ini, jangan ketinggalan meluangkan masa senggang anda untuk menyaksikan Kanna Moochi Enadaa dalam slot Spice Of India, jam 12.00 tengah hari dan Monster In Law mengisi slot Sunday DayTime Special, jam 3.00 petang yang kedua-duanya disiarkan menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Liyana Jasmay Aku Tak Percaya Cinta di Hits 1

Gambar Anak Malique Too Phat dan Melissa Maureen Rizal