Filem yang dibintangi oleh Sridevi Kapoor menghidupkan watak ibu tiri, Akshaye Khanna sebagai Nawazuddin Siddiqui dan beberapa pelakon baru iaitu Sajal Ali dan Adnan Siddiqui yang berasal dari Pakistan. Seringkali kita dipertontonkan dengan kekejaman seorang wanita bergelar ibu tiri. Namun sebaliknya berlaku dalam filem ini yang menceritakan keadaan sebaliknya pula. Devki yang dilakonkan wataknya oleh Sridevi merupakan guru Biologi yang popular dalam kalangan murid-murid sekolah. Dia juga menjadi guru di tempat anak tirinya bersekolah.
Pada masa sama ketika di sekolah, Devki terus menerus cuba mendekati anak tirinya iaitu Arya (Sajal Ali) namun Arya pula tetap tidak peduli dan terus menjauhinya. Suatu hari di sekolah, kawan Arya telah menggangunya membuatkan Arya melaporkannya pada Devki. Secara spontan Devki memarahi kawan Arya tersebut.
Satu hari Arya telah dijemput menghadiri majlis di sebuah farm house. Devki mengizinkan Arya pergi meskipun dalam hatinya dia merasa bimbang keselamatan Arya. Dia sentiasa memantau pukul berapa Arya pulang ke rumah. Sikap Devki itu merimaskan Arya dan membuatkannya tidak selesa.
Arya berhibur di majlis tersebut dan menegur Mohit dan teman barunya Charles. Charles, Mohit, Jagan dan kawannya menyerang Arya ketika dia mahu meninggalkan majlis tersebut. Mereka kecewa kerana Arya mahu pulang awal dan marah tindakan Devki yang menyuruh anaknya itu pulang awal.
Mereka kemudiannya menculik Arya lalu membuangnya ke saluran pembuangan. Hati Devki hancur menerima berita itu. Suaminya, Anand segera pulang dan meninggalkan urusan perniagaannya. Setelah kembali sedar, Arya memberitahu siapa yang telah menyerangnya.
Malangnya, penjenayah yang telah menyerangkan telah menghapuskan bukti-bukti yang ada sehingga sulit untuk dibawa ke muka pengadilan. Tambah memburukkan keadaan, mereka mencipta bukti menyatakan bahawa Arya malam itu dalam keadaan mabuk dan sebagainya.
Pihak polis terus menyiasat kes ini yang diketuai oleh Inspektur Mathew lakonan Akshaye Khanna.
Kecewa dengan jalan buntu pihak polis untuk menyelesaikan kes ini, Devki akhirnya memberanikan diri untuk menghubungi detektif DK (Nawazuddin Siddiqui). Detektif aneh yang ingin membantu menyelesaikan kes ini. Hati ibu mana yang tak hancur melihat anaknya mengurungkan diri di bilik dan menangis tanpa henti.
Suatu ketika Mathew mencurigai Devki setelah dia menemui barang seperti milik Devki di rumah salah seorang suspek. Akankan Mathew menemukan jawapan ke atas semua kes ini? Apa kaitannya dengan Devki? Apakah Arya mampu menerima Devki sebagai ibunya? Ikuti kesudahan filem penuh aksi ini di TV2.