in , ,

Filem Menarik Hiburan Hujung Tahun 2021 di TV2

Hujung tahun menyaksikan setiap saluran TV menayangkan filem-filem terbaik sebagai hadiah kesetiaan penonton setia salurannya sepanjang tahun.

Pendekatan sama diambil Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam berkongsi debaran sambutan tahun baharu 2022 dengan menyiarkan filem-filem pilihan dalam dan luar negara untuk tontonan seisi keluarga.

Disiarkan menerusi saluran TV2, tayanganempat filem tersebut bermula dengan “Special ID” dalam slot Screen On 2 pada 16 Disember ini, pukul 9.00 malam mengisahkan Dragon Chan, seorang polis yang dalam penyamaran menyusup masuk ke dalam salah satu sindiket jenayah paling kejam di China. Namun, dia harus mempertaruhkan segala-galanya untuk melindungi keluarga dan nyawanya selepas ketua penjenayah berikrar untuk mencari dan membunuh setiap pengkhianat dalam organisasinya. Filem ini menyaksikan lakonan mantap Donnie Yen, Jing Tian, Andy On dan Collin Chou.

Pastinya yang ditunggu-tunggu siaran filem “Pacific Rim: Uprising” pada 17 Disember ini, pukul 9.00 malam tentang watak utama Jake Pentecost bersatu dengan Mako Mori dalam usaha mereka untuk memimpin generasi baharu ‘Jaeger’ yang terdiri dari beberapa remaja terpilih termasuklah Amara, seorang penggodam cilik berusia 15 bagi menentang ancaman Kaiju baharu. Ia menampilkan pelakon hebat Scott Eastwood, Rinko Kikuchi, John Boyega dan Charlie Day.

Kisah pengorbanan dan semangat juang seorang pahlawan ditonjolkan dalam filem “Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior” pada 18 Disember ini, pukul 10.30 malam. Kisahnya tentang watakKanang, seorang pemuda Iban telah diajar oleh datuknya tentang selok-belok hutan hingga menjadi pemburu dan penjejak hutan yang hebat. Dia boleh membaca angin, mendengar nafas harimau dan singa serta mendengar degupan jantung pokok. Kapten Mike Ayota, cuba memujuk Kanang menyertai Rejimen Renjer Sarawak untuk menentang militan Komunis selepas tertarik dengan kehebatannya. Filem ini diakonkan oleh Langgi Datuk Kanang, Johan Asari, Jay Iswazir, Adi Putra dan Ignas Versinskas.

Filem Tamil “Oru Mugathirai” turut mengambil tempat siarannyapada 19 Disember 9.00 malam, kisah psiko triller yang mengisahkan seorang pakar psikologi mula berubah menjadi psikopat akibat terlalu taksub dengan seorang pelajar wanita yang disukainya. Lakonan berkesan Chaams, Delhi Ganesh dan Aditi Gururaj dapat dihayati dalam filem ini. Teruskan menonton saluran TV2 untuk hiburan dan informasi anda.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Cincin Pusaka, Bella – Bila Cinta Bersatu Isi Slot Kuasa 3 Malam 

TRAVEL

Coolblog Lancar Kempen Pesta Buah-Buahan Raikan Musim Cuti Penghujung Tahun