Ketua Pegawai Operasi GSC Movies yang juga merupakan Penerbit Eksekutifnya, Tung Yow Kong, menyatakan kepuasan mereka terhadap prestasi filem tersebut.
Yow Kong menyatakan bahawa mereka akan terus menayangkan filem “Malbatt: Misi Bakara” di pawagam tempatan selama masih terdapat permintaan dari penonton.
Mengulas perancangan untuk tayangan filem itu di platform OTT seperti Netflix pula, kata Yow Kong lagi, buat masa ini, pihaknya masih menumpukan tayangan di pawagam.
Filem arahan Adrian Teh ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, G Theebaan, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari.
Ia berdasarkan dari kisah benar mengenai operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap ketika perang saudara di Somalia pada 1993.