FILEM MALAYSIA KE AFRIKA?
Mungkin ada yang tidak percaya. Adakah memang benar ada karya-karya dari Malaysia bakal menerjah pasaran Afrika. Apakah kewajaran dari tindakan tersebut. Namun itulah realitinya apabila filem ‘Malaysia’s Sweatheart,’ bakal memasuki pasaran Nigeria.
Martias Mohd Ali
Menurut pengarah filem ini, Martias Mohd Ali, pasaran di Nigeria atau Nollywood merupakan satu potensi cukup besar yang boleh dimasuki oleh pengiat-pengiat filem dari negara ini.
“Nollywood merupakan sebuah pasaran filem cukup besar iaitu ketiga terbesar selepas Hollywood dan Bollywood. Bayangkan jumlah pendapatan yang mereka jana melalui industri ini iaitu sekitar USD 4 billion (RM 13.2 Billion),†terang Martias.
Dia ditemui ketika sesi pra tonton untuk karyanya ‘Malaysia’s Sweatheart’ yang berlangsung di studio mini P.Ramlee, Finas di Ulu Kelang, baru-baru ini.
Bila ditanya bagaimana mula dia mengorak langkah untuk membikin filem yang sesuai dengan pasaran Afrika, Martias menceritakan “Pada mulanya saya telah didekati oleh pengarah dari Nigeria iaitu Samsons Sideway, dia inginkan saya menjadi pemulis skrip bagi filemnya terbaru yang berkisar mengenai bagaimana seorang perempuan Afrika terpaksa menghadapi masalah di Malaysia.â€
“Projek itu seperti tidak menjadi apabila saya menunggu selama enam bulan mengenai keputusan untuk membikin filem tersebut. Tapi akhirnya saya bersyukur, setelah mendapat lampu hijau dari mereka di sana. Selepas itu, mereka telah mempelawa saya untuk melawat industri perfileman di Nigeria. Semenjak itulah saya tahu mengenai Nollywood dan berapa besar pasaran yang boleh diterokai,†ujarnya lagi.
Dengan menjadi perintis penghasilan filem dua budaya, ketamadunan dan negara berbeza, sudah pasti banyak halangan yang terpaksa ditempoh oleh pembikin filem seperti Martias.
Dia menceritakan apa masalah yang dihadapinya, “Mula-mula, bila saya ingin meminta sokongan dari syarikat produksi, mereka tidak menyokong. Kata mereka, nanti saya ditipu oleh orang Afrika. Mereka mempunyai stigma yang pendatang dari Afrika ini terlibat dengan perkara negatif. Padahal, pelakon-pelakon Afrika yang terlibat dalam ini hampir 90 peratus tidak merokok.â€
“Selain itu, saya akui jalan cerita Malaysia’s Sweetheart agak ringkas. Ini kerana filem ini membariskan lebih 80 peratus pelakon baru. Jadi, jika ingin membuat jalan cerita yang berat, memerlukan masa yang lebih. Dalam pada itu, masalah utama ialah modal. Saya masih ingat bagaimana pada mula memulakan pengambaran, habis semua barangan terpaksa digadaikan untuk dijadikan modal pusingan. Sehingga pada satu tahap projek ini terpaksa dihentikan kerana kekurangan modal. Mujurlah, Finas telah memberikan dana sebanyak RM 40,000.00 untuk dijadikan bantuan menyiapkan filem Malaysia’s Sweetheart ini. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan para pelakon. Walaupun baru, mereka memberikan komitmen yang baik.â€
Martias yang merupakan pemegang ijazah muzik dari UiTM ini disoal bagaimana Finas yang sering dikatakan agak sukar menghulurkan bantuan kepada pembikin filem ‘Indie’ sepertinya bersetuju untuk menyalurkan dana untuk projek ini.
“Pada mulanya mereka agak keberatan. Tetapi, apabila rombongan dari Finas ke kota London untuk mempromosikan filem Malaysia di sana, mereka bertemu dengan delegasi dari ‘Nigeria Censorship Board’ dan bertukar-tukar maklumat. Selepas itu, barulah pihak Finas bersetuju membiayai produk ini.â€
Selain untuk pasaran di Nigeria, Martias ditanya jika dia berminat untuk memasarkan produk itu di Malaysia. Katanya “Ada juga perancangan untuk tayangan di Malaysia, tetapi kita tidak tahu macam mana penerimaan penonton di sini. Selain itu ada juga ura-ura yang mengatakan pihak stesen televisyen berminat untuk menayangkan filem ini. Tetapi semua itu masih dalam perancangan.â€
Tatkala disoal apakah kelebihan filem Malaysia’s Sweetheart ini, dia menambah “Ianya berdasarkan kisah sebenar yang berlaku di kalangan penduduk Afrika di Malaysia. Inilah yang penonton di Afrika ingi lihat, kisah kehidupan mereka.â€
Malaysia’s Sweetheart bakal bertanding di dalam kategori filem digital di Festival Filem Malaysia ke 21 nanti. Ianya berdasarkan kisah bagaimana seorang penuntut dari Nigeria yang datang ke Malaysia untuk menuntut di kolej di sini. Konflik bermula apabila dia kesempitan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup, caranya dengan membantu seorang usahawan di Kuala lumpur membuat kerja sambilan.
Atas dasar ingin membantu gadis Afrika ini yang mengalami kesempitan hidup, akhirnya, usahawan itu membenarkan gadis itu menetap di rumahnya. Di situlah bermula segala-galanya. Samada gadis itu sanggup meninggalkan agamanya untuk hidup bersama dengan usahawan tersebut. Adakah hubungan cinta mereka itu mendapat restu keluarga masing-masing. Apakah kesudahan percintaan mereka.
Antara pelakon Malaysia’s Sweetheart”
Filem yang berlatarbelakang kehidupan masyarakat Afrika di sini menjalani pengambaran selama sepuluh hari di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.