Latar Belakang Filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang
Penerbit : N Azman
Pengarah : Majed Salleh
Penulis Cerita Asal : Shahroom Husain
Syarikat Penerbit : Dayang Digital Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 22 Oktober 2009
Audio : Dolby
Format : 35mm
Filem ini diilhamkan oleh novel tulisan sasterawan Cikgu Shaharom Husain, pertama diterbitkan pada tahun 1957. Ia menceritakan sebuah legenda dari Johor mengenai satu tragedi cinta berdarah.
Malaysia nyata mewarisi berbagai kisah-kisah yang menarik. Malangnya generasi sekarang hanya di dedahkan dengan beberapa legenda terkenal seperti Mahsuri, Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Sebelum warisan ini lenyap ditelan zaman, sudah tiba masa untuk kisah-kisah seperti Lembing Awang Pulang ke Dayang ini diketengahkan.
Di bawah arahan Majed Salleh, akan tiba pada tahun 2009 sebuah filem tragedi cinta yang penuh dengan aksi pertarungan dan akibah citra, cinta dan cita dan di bintangi oleh barisan pelakun handalan generasi kini dan sebelumnya.
Poster Lembing Awang Pulang Ke Dayang
Sinopsis Lembing Awang Pulang Ke Dayang
Kisah terjadi kira-kira 200 tahun dahulu disebuah pekan bernama Padang (sekarang di daerah Muar). Terdapat seorang gadis rebutan pemuda kampung bernama Dayang (Siti Elizad). Dayang menaruh hati terhadap Awang (Farid Kamil), pemuda tampan harapan Padang.
Apabila Awang masuk meminang, bapa Dayang (Dato Kuswadinata) yang mementingkan darjat, mengenakan syarat yang ketat sehingga Awang terpaksa belayar selama 3 tahun. Awang menyahut cabaran adat dan belayar meninggalkan Padang berbekalkan janji Dayang untuk kekal setia sehingga ‘keringlah laut tanah Melaka’.
Bachuk (Zul Huzaimi) juga meminati Dayang. Dengan ketiadaan Awang dan dengan bantuan guru silatnya Panglima Merah (Hattan) yang juga bekas ketua lanun, Bachuk mengumpan Pak Long agar dapat mendekati Dayang.
Pelayaran Awang hampir musnah apabila sampannya di serang lanun. Dia dijumpai terdampar di pantai oleh seorang pengembara aneh yang gemar berfalsafah bernama Dekar Agas (Aziz M Osman).
Dengan bantuan Nakhoda Galigo (Khir Rahman), Awang belayar ke Makasar (Pulau Sulawesi) untuk mencari duit dan kain mastuli. Dia bertemu dengan Claudia (Mei-Ling Ludi), seorang wanita Belanda cantik yang jatuh cinta kepada Awang dan tidak membenarkan dia balik ke Padang.
Apabila tempuh 3 tahun hampir tiba, Awang masih belum pulang dan Dayang diresahi khabar-khabar angin yang tidak baik. Usaha Bachuk mendekati Dayang masih berterusan dan Dayang kini sudah jinak-jinak merpati.
Apakah kesudahan filem ini:
Bagaimana Lembing Awang pulang ke Dayang?
Sempatkah Awang balik ke Padang sebelum tamat tempuh 3 tahun?
Adakah Dayang dapat terus setia dan menahan pujukan Bachuk?
Apakah agenda sebenar Panglima Merah?
Tenaga Kerja & Krew Pengambaraan
Pelakon Utama
Farid Kamil : Awang
Ejad : Dayang
Zul Huzaimy : Bachuk
Lynette Ludi : Claudia
Pelakon Pembantu
Hattan : Panglima Merah
Aziz M.Osman : Dekar Agas & Raja Muda Bugis
Dato’ Mustapha Maarof : Pak Ngah
Kuswadinata : Pak Long
Khir Rahman : Nakhoda Galigor
Datin Hajah Rosnani Jamil : Mak Ngah
Uji Rashid : Mak Long
M.Rajoli : Orang Kaya Aris
Tamrin Ibrahim Pendek
Zainurdin Ismail
Krew
Nazim : Pembantu Pengarah
Azizi ‘Byg’ Borhan : Pengarah Fotografi
Rosdi Md Dali : Pengurus Produksi
Zack Kamal : Pengurus Produksi
Hafiz Kamaruzaman : Penyunting
Adnan Mahadi : Jurukamera
Sabri Mat Esa : Gaffer
Mohd Osharinsha : Key Grip
Sharon Shuib : Jurulampu
Shaharudin Shaidan : Grip
Zack Kamal : Pengurus Lokasi
Izatt : Pereka Kostum
Izatt : Jurusolek Artis
Kamarul Bahrin :Pengarah Seni
Mazley Ukays : Muzik