in , ,

Tentang Filem Seram KKN DI DESA PENARI, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Sebaik sahaja mengetahui filem ini akan ditayangkan di Malaysia, Budiey perhatikan ramai penggemar filem seram tempatan menunjukkan perasaan tidak sabar untuk menonton filem KKN DI DESA PENARI ini.

Pada asalnya, filem KKN DI DESA PENARI ditayangkan pada awal tahun 2020, namun dek kerana situasi pandemik COVID-19, filem ini telah pun ditundakan sehingga tahun ini.

Filem yang diarahkan oleh Awi Suryadi ini mendapat perhatian selepas didakwa ia adalah kisah benar daripada bebenang Twitter yang diceritakan oleh akaun @simpleman sekitar tahun 2019.

MD Pictures tartarik untuk memfilemkan cerita berkenaan yang akhirnya dibintangi Tissa Biani sebagai Nur, Adinda Thomas sebagai Widya, Aghniny Haque sebagai Ayu, Ahmad Megantara sebagai Bima, serta Calvin Jeremy sebagai Anton.

Filem KKN DI DESA PENARI, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Kebiasaannya, apabila sebuah kisah seram yang viral di media sosial diangkat ke layar perak, sudah tentu, ramai pembaca kisah tersebut tidak akan melepaskan peluang melihat versi sinematik di layar perak. 

Dengan hype dan komentar positif yang diterima filem ini di ruangan komentar trailernya telah membuktikan filem ini meraih kejayaan luar biasa di bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia dan Singapura. 

Kisah seram ini dikatakan kisah benar yang terjadi kepada enam pelajar yang sedang menjalani tugasan universiti di sebuah perkampungan pada tahun 2009. Enam pelajar itu adalah Ayu, Nur, Widya, Wahyu, Bima, dan Anton.

Filem KKN DI DESA PENARI, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Desa yang dipilih pelajar itu ternyata menyimpan banyak misteri sehingga mereka harus mematuhi arahan.

“Nak, kamu percaya tidak di tempat ini ada desa lain? Namun desa itu tidak bisa dilihat dengan mata normal.” 

– Mbah Buyut

Pelajar tersebut kemudian mengalami pelbagai kejadian seram kerana ada pelajar yang melanggar peraturan. Bagaimanapun, difahamkan lokasi sebenar latar cerita telah ditukar kepada nama Desa Penari.

Filem ini tidak menonjolkan banyak adegan-adegan ‘jumpscare’ mahupun sosok atau jelmaan hantu yang menakutkan. Akan tetapi filem ini berjaya membangkitkan perasaan seram menerusi sudut pandangan dan pengalaman dua watak utama, iaitu Nur dan Widya. 

Filem KKN DI DESA PENARI, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Biasanya, filem seram Indonesia terkenal dengan sosok makhluk halus berwajah menakutkan dan dipenuhi dengan darah, namun dalam filem ini penonton tidak perlu melihat itu semua kerana jalan cerita dan setiap babak mendebarkan sudah cukup membuatkan mereka tidak senang duduk.

Watak Nur dan Widya yang menjadi teras utama pada jalan cerita filem ini telah memungkinkan satu konklusi yang boleh diperdebatkan oleh penonton di penghujung cerita.

Dari awal sehinggalah ke kemuncak penceritaan, kita dimomokkan dengan hubungan diantara penunggu hutan Banyuwangi dan Widya, namun apabila sampai penghujung, ia meninggalkan persoalan kepada penonton – adakah benar Banyuwangi mahukan Widya, atau sengaja menggunakan gadis itu sebagai alasan untuk mendapatkan mangsa yang lain dengan cara membuatkan mereka melanggar pantang-larang penduduk kampung?

Filem KKN DI DESA PENARI, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Lokasi yang jauh di pedalaman hutan dengan rumah yang hanya bercahayakan lampu minyak tanah banyak membantu dalam mencipta suasana seram. Begitu juga dalam keadaan siang, ia bukan penghalang untuk filem ini mencipta satu adegan boleh membuatkan penonton berdebar, menantikan segala kemungkinan yang bakal berlaku. 

Latar lokasi juga digambarkan dengan cara yang sangat sesuai dengan apa yang penonton harapkan, seperti desa terpencil yang jauh dari bandar, rumah yang menjadi tempat tinggal mereka, tempat mandi atau yang disebut sinden, bahkan tapak tilas atau panggung tempat di mana bekas para penari dan gamelan-gamelan berada, segalanya cukup sempurna ditampilkan.

Filem KKN DI DESA PENARI, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Terdapat beberapa adegan waktu siang dan malam yang benar-benar menaikkan bulu roma seperti ketika Widya dan Nur pergi mana di sebuah bilik air usang untuk, dimana nyanyian misteri yang lemah gemalai berjaya membangkitkan perasaan takut. Begitu juga, ketika Wahyu si mulut celupar bersama Widya, dijemput oleh orang tua misteri untuk menjamu selera di pesta keramaian di tengah hutan.

Latar lokasi juga digambarkan dengan cara yang sangat sesuai dengan apa yang penonton harapkan, seperti desa terpencil yang jauh dari bandar, rumah yang menjadi tempat tinggal mereka, tempat mandi atau yang disebut sinden, bahkan tapak tilas atau panggung tempat di mana bekas para penari dan gamelan-gamelan berada, segalanya cukup sempurna ditampilkan.

Filem KKN DI DESA PENARI, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Filem ini berkembang dengan menimbulkan misteri dan kejadian mistik yang mengajak penonton untuk turut sama merasai kengerian yang ditampilkan. 

Dimulai dengan kisah yang diceritakan oleh akaun bernama SimpleMan di Twitter, kisah menyeramkan KKN DI DESA PENARI memang tidak banyak menampakkan sosok makhluk ghaib. Inilah yang membezakan dengan filem seram yang lain. 

Filem KKN DI DESA PENARI ditayangkan mulai 13 Mei 2022 di seluruh Malaysia.

Filem KKN DI DESA PENARI, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyerahan Truck PickUp Nissan Navara Kepada Pemenang Lagu Molek

ADAMI HAIRI

Adami Hairi Jawab Kritikan Meniru Gaya Shawn Bahrin Dalam Lagu Forte