in

Filem-Filem Hebat Semarak Sambutan Aidilfitri 2012

Filem-Filem Hebat Semarak Sambutan Aidilfitri Di TV2

Tidak lengkap kiranya kemeriahan sambutan perayaan termasuk lebaran tahun ini tanpa disajikan stesen TV dengan tayangan filem-filem yang menarik untuk tontonan seisi keluarga. Daripada filem-filem Melayu hingga filem-filem Inggeris bergenre komedi, fiksyen, romatik dan sebagainya.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 menjelang raya menyiarkan filem Tipu Kanan Tipu Kiri (18 Ogos 2012, jam 2.00 petang) dan diikuti filem Ahmad Albab (20 Ogos 2012, jam 10.00 malam), Laila Isabella (22 Ogos 2012, jam 1.30 tengah hari), Cinta U-Turn (23 Ogos 2012, jam 1.00 tengah hari), Gila-Gila Pengantin Remaja (24 Ogos 2012, jam 2.30 petang), Transformers (24 Ogos 2012, jam 10.00 malam), Transformers 2: Revenge Of The Fallen (25 Ogos 2012, jam 10.00 malam) dan Anak Halal (25 Ogos 2012, jam 2.00 petang).

transformers-revenge-of-the-fallen-standee

Bergelak ketawa dengan filem sarat komedi, Tipu Kanan Tipu Kiri yang berkongsi kisah pasangan suami isteri, Rudy (Chiristian Sugiono) dan Wulan (Titi Kamal) yang terpaksa menyembunyikan status perkahwinan mereka kerana terikat dengan syarat kontrak syarikat rakamannya yang tidak membenarkan dia berkahwin. Mereka kemudiannya berpindah ke Malaysia dan ketika itu berlakulah adegan mencuit hati bila Rudy terpaksa meminta Sarah (Natasha Hudson) berlakon sebagai isterinya.

Berhibur kemudiannya dengan filem klasik kegemilangan Tan Sri P.Ramlee, Ahmad Albab yang mengisahkan seorang gembala kambing bernama Syawal terjumpa harta yang sangat banyak. Apabila dia hendak mengambil harta tersebut, muncul Jin yang menjaga harta itu lalu memberitahunya yang harta itu adalah kepunyaan Ahmad Albab. Syawal sangat bingung memikirkan siapakah dia Ahmad Albab? Filem ini lakonan Tan Sri P.Ramlee, Saloma, A.R Tompel, Mariani, Mimi Loma dan Karim Latif.

Seterusnya saksikan filem Laila Isabella lakonan Nasha Aziz, Rosyam Nor, Erma Fatimah dan Hans Isaac kisah pertembungan perasaan yang klise dalam filem Melayu moden. Azam tak pernah mahu meluahkan perasaan cintanya. Johan pula cuba memikat Laila walaupun sudah bertunang. Laila yang naif tidak pernah mengetahui tentang rahsia dan perasaan sebenar Azam terhadapnya.

Cinta U-Turn yang dibintangi oleh Awie, Fasha Sandha, Mazlan Pet Pet, Abu Bakar Omar dan Dato Jalaluddin Hassan pula kekeliruan identiti antara Faiz dan Hafiz berlaku bila Datuk Shuib, ayah Hafiz memaksanya mengahwini Juliana, anak sahabatnya, Datuk Jamal. Sebaliknya Juliana juga tidak menyenangi tindakan keluarganya dan dia mengubah penampilan menjadi gadis tak disenangi Faiz. Faiz melarikan diri dan bekerja di bengkel selain bersahabat dengan Hafiz. Penyamaran Juliana mahu membuatkan Faiz membencinya tidak kesampaian sebaliknya Faiz menyukainya dan sanggup melakukan apa saja menarik perhatiannya.

Teladan kepada yang berhasrat mendirikan rumahtangga dalam usia muda menerusi filem Gila-Gila Pengantin Remaja mengisahkan apa yang berlaku apabila ketika perkahwinan Mastura dan Fandi bakal berlangsung, Amir melarikan Mastura ke selatan Thailand untuk bernikah di sana. Dari sinilah bermulanya keriuhan dan kekecohan dalam filema arahan Aziz M. Osman.

Dua sekuel filem hebat Transformers dan Transformers 2: Revenge Of The Fallen menyusul kemudiannya lakonan berkesan Shia Labeouf, Megan Fox, Josh Duhamel, Rachael Taylor dan Anthony Anderson. Dengan plot cerita yang menarik, dua filem ini dengan pelbagai aksi lebih mendebarkan.

Ia diakhiri dengan tayangan filem Anak Halal, kisah kepincangan masyarakat yang berlaku di ibukota dengan mengetengahkan watak Hisham seorang penjenayah dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam. Dia kemudiannya ditangkap, dipenjara dan lenyap dari pandangan. Mariam yang merempat di jalanan membesarkan bayi tersebut (dinamakan Indraputra) dalam serba kedaifan. Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Leha dan anak perempuannya, Johanna, seorang gadis tomboy yang dalam diam menyukai Putra.

Suatu ketika Putra berpisah pula dengan ibu angkatnya, Bonda, gara-gara satu insiden. Putra kemudiannya dibesarkan oleh Leha yang membawanya dan Johanna berpindah ke Kuala Lumpur. Putra dan Johanna terus membesar sebagai remaja jalanan. Putra bekerja di bengkel kereta. Manakala, Johanna dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit. Manakala Erzan dan Amira pula adalah antara sahabat karib Putra dan Johanna. Namun mereka telah terjebak dengan najis dadah akibat tekanan dan desakan hidup. Berjayakah Putera membalas dendam terhadap Hisham dan kuncu-kuncunya? Bertemukah Putera dengan Mariam, wanita yang telah membesarkannya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Popular Meriahkan Program Amal Kasih Ramadan

Dutch Lady Malaysia Fetes Cyclist Azizul And Mum In London