Pada 1 Mac, Sabtu lalu, Budiey ada mengikuti satu pelancaran filem terbaru Skop Production yang berkolaborasi dengan Grand Brilliance melahirkan Filem Evolusi KL Drift. Pelancaran filem anak Dato’ Yusof Haslam ini diadakan di Galeri Perfileman FINAS. Terus terang, Budiey katakan, ini adalah kali pertama menjejakkan kaki di rumah banglo yang diubahsuai menjadi tempat pameran sejarah perfileman tanahair.
Kepada korang yang nak ke Galeri Perfileman FINAS, ini dia alamatnya… NO.3 Jalan Pahang Kecil, Off Jalan Pahang. Dekat je dengan rumah Budiey sebenarnya. Jalan kaki pun sampai. Tapi Azwan bawak keter ntah ke mana terlajaknya.
Lama betul kita tak tengok dua syarikat perfileman gergasi ini bergabung. Ini adalah usahasama mereka yang ke-6 iaitu filem terakhir mereka iaitu Pasrah yang ditayangkan 9 tahun yang lalu. Skop Production sendiri rasanya sudah 3 tahun tak buat filem.
Antara pelakon filem Revolusi KL Drift yang hadir ialah Shamsul, Ikram Dinzly, Fasha Sandha, Diana Danielle dan ramai lagi. Budiey sebenarnya teruja dan seronok gak la sebab pertama kali dapat berjumpa dengan pelakon yang kini sedang meningkat naik iaitu Diana Danielle. Hari tu ada terjumpa gambar Diana dan maknya. Memang muka diorang tak sama.
Memang cun giler Diana nih. Rasa Budiey, kalau mutu lakonan Diana sekuat dan semantap Sofia Jane, tidak hairan suatu hari nanti Diana juga boleh berjaya dan mengatasi populariti Fasha Sandha. Masalahnya, setiap kali berlakon, ramai pelakon act dengan gaya yang sama je dalam setiap appearance dan yang Budiey sedihnya lakonan mereka sangat kaku. Tu yang jadi penghalang untuk maju ke depan. Jadi, kena banyak belajar lagi la. Kalau nak harap muka je cantik memang tak cukup, bebs!
Tapi kesian kat Diana sebab dia tak sihat pada hari tu. Demam katanya. Walaupun tak sihat, wajah dia tetap kelihatan berseri dan segar dengan senyuman manis melayan fotografer.
Ni gambar Budiey dengan Diana. Fuh! Mengancam habis gadis kacukan nih! Dan dengan rasminya, Budiey mengistiharkan untuk menjadi jadi pengikut dan paparazi kepada Diana Danielle dan Fouziah Gous. Amacam berani?
Jom tengok GAMBAR DIANA MELETOPS yang Budiey baru upload:
Gambar Manja Seksi Diana Danielle
Di majlis itu juga, hadirin turut dipertontonkan trailer filem ini. Nampak dari trailer filem ini boleh meletop boxoffice. Jangan samakan filem ini dengan Impak Maksima kerana filem ini menitik beratkan tentang unsur-unsur realiti di layar. Dan juga ada satu pengumuman oleh Datuk Yusof Haslam di mana anaknya Shamsul bakal mengarah sebuah lagi filem berjudul BOHSIA. Pengambaran filem Bohsia akan bermula pada 17 Mac 2008 ini.
Filem ini adalah yang paling tinggi kos pembikinannya sebab pengambarannya dibuat di atas jalan raya. Tempoh pengambaran selama 35 hari telah berlanjutan hingga 38 hari dan menyebabkan kos meningkat berpuluh-puluh ribu untuk sehari pengambaran. Tidak seperti filem Impak Maksima, filem ini tidak menggunakan teknologi CGI langsung untuk nampak lebih real.
Datuk Yusof Haslam kata hanya 10% idea diberikan kepada anaknya. Selebihnya, kebebasan berkarya diberikan sepenuhnya kepada Shamsul. Dari segi suntingan juga, Shamsul banyak memberi buah ideanya sendiri. Filem ini menggunakan 3-4 buah kamera dan menggunakan teknik On Cam Life Action. Filem ini adalah kisah remaja yang terlibat dengan isu sosial remaja. Ironinya, filem ini tidak menggunakan seorang pun pelakon dewasa atau veteren. Semuanya pelakon remaja.
Filem terbaru terbitan Skop Production, Evolusi: KL Drift, bolehlah dikatakan filem terbaik yang pernah dihasilkan. Filem yang diarahkan oleh pengarah muda, Syamsul Yusuf, anak kepada Dato Yusuf Haslam ini menelan belanja sekitar RM 2 juta termasuk kos promosi. Evolusi KL Drift yang menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur sepanjang tempoh 38 hari, cukup memerlukan tumpuan sepenuhnya bagi pengarah muda ini. Hanya 3 hari terlajak shooting. Tapi khabarnya, sehari terlajak pun, makan puluhan ribu untuk kos pengambaran.
Menurut Syamsul Yusuf, dia pernah sekali menitiskan air mata pada hari ke 25 pengambaran kerana buat pertama kalinya dia merasakan betapa penat dan jerihnya mengarah serta berlakon pada masa yang sama.
Menurut ayah kepada Syamsul Yusuf, yang juga sutradara tersohor, Dato Yusuf Haslam, dia cukup berbangga dengan Evolusi: KL Drift hasil buah tangan dan titik peluh anaknya itu. Dia amat berbangga, apabila filem aksi yang biasanya memerlukan sekurang-kurangnya 50 hari pengambaran, berjaya dihasilkan dalam tempoh yang singkat, berkat ketekunan para pelakon dan tenaga produksi yang bertungkus lumus hampir 18 jam setiap hari bagi memastikan jadual pengambaran dapat diikuti. Menurut Yusuf lagi, filem ini merupakan hasil buah fikiran Syamsul sendiri, namun, sebagai bapa serta pengarah yang cukup pengalaman, Syamsul meminta tunjuk ajar dan idea dari beliau juga. Sebanyak 10% idea dari bapanya, dan selainnya adalah hasil Syamsul termasuklah dalam kerja-kerja suntingan.
Filem yang dihasilkan bersama Grand Brilliance, selepas usahasama mereka yang terakhir, Pasrah, pada tahun 1999, ini akan ditayangkan pada 3hb April 2008, membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Iqram Dinzily, Fasha Sandha, Farid Kamil dan Syamsul Yusuf sendiri, pastinya memberikan satu kelainan kepada para peminat filem aksi di Malaysia. Filem yang mendapat tajaan dari syarikat pengeluar tayar terkemuka dari Jepun, Toyo Tires, dikatakan berminat untuk membeli hak cipta untuk ditayangkan di negara matahari terbit itu.
Perlu ke nak letak gambar Fasha? Perlu kan? Huhu… kucing hilang pun kecoh satu Malaya beb! Hai… Fasha… Fasha…
[tags]filem Evolusi Kl Drift, shamsul anak yusof haslam, shooting bohsia, filem bohjan, on life cam action, technique film, ikram dinzly, diana danielle nude, gambar ibu diana daniel, bogel actress, asian beauty, fasha hilang kucing, sukan drift, Danny Beeson, Yusof Haslam[/tags]