Bakal ditayangkan di 100 pawagam di seluruh Indonesia bermula 1 Januari ini, filem terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation itu diharap mampu mencipta fenomena luar biasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya teruja apabila Ejen Ali The Movie menjadi filem animasi pertama terbitan Primeworks Studios yang berjaya menembusi pasaran filem animasi Indonesia.
“Permulaan yang baik buat kami untuk 2020. Ia seperti mendapat hadiah tahun baharu apabila filem ini dapat diperluaskan di pasaran serantau dengan menjadi filem animasi pertama terbitan Primeworks Studios yang berjaya menembusi pasaran filem animasi Indonesia.
“Kami berharap gelombang fenomena Ejen Ali akan berterusan hingga ke Indonesia kerana filem yang dihasilkan Usamah dan ahli ‘Wauriors’ ini mempunyai nilai sinematik yang sangat tinggi selain terbukti berjaya menambat hati ramai penonton.
“Kami juga ingin kongsi perasaan bangga itu kepada peminat serta pencinta filem di Indonesia. Ini kerana kami menerima pelbagai maklum balas daripada peminat di Indonesia. Rata-rata bertanya mengenai tarikh tayangan filem ini di pawagam negara mereka,†katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Ejen Ali The Movie di CGV, Grand Indonesia di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin berkata, pihaknya berharap filem ini akan mendapat sokongan padu peminat Ejen Ali di Indonesia.
“Terima kasih semua pihak yang tidak pernah putus asa menyokong Ejen Ali. Kami sedaya-upaya memenuhi permintaan peminat Ejen Ali di Indonesia supaya filem ini ditayangkan.
“Bersempena dengan musim cuti persekolahan ini, kami ingin menjemput semua ‘Ejen’ di Indonesia untuk membanjiri pawagam tempatan dan merealisasikan ‘misi pecah panggung’ Ejen Ali di Indonesia sebagaimana kejayaan yang dilakar di Malaysia,†katanya.
Ejen Ali The Movie berkisar mengenai Ali, 12, direkrut menjadi perisik di Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.
Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu dia bukan satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS-Infinity Retinal Intelligence System).
Inovasi baharu itu dipersoalkan Ali apabila dia berasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.
‘Ayo rame-rame ke bioskop 1 Januari 2020! Filem animasi ketiga Malaysia tahun ini, EJEN ALI THE MOVIE bakal menggegarkan pawagam Indonesia bermula 1 Januari ini. Berikutan kejayaan pecah panggung di Malaysia, Singapura dan Brunei, EJEN ALI THE MOVIE mampu menarik minat peminat animasi di Indonesia sehingga ia berjaya menembusi pawagam di sini. Tayangan perdana filem EJEN ALI THE MOVIE yang telah diadakan di CGV, pusat membeli belah Grand Indonesia hari ini turut dihadiri oleh rakan-rakan media, rakan kerjasama Primeworks Studios dan Media Prima Berhad, serta peminat-peminat Ejen Ali yang terpilih. EJEN ALI THE MOVIE yang diterbitkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation diadaptasi dari siri animasi TV popular Malaysia ‘EJEN ALI’ yang telah berjaya memenangi pelbagai anugerah dalam industri animasi tempatan.
Meraih lebih dari 2 juta tontonan setiap minggu di saluran televisyen Malaysia TV3 dan mencecah lebih dari 1.67 juta langganan di laman YouTube, Ejen Ali kini menjadi salah satu jenama animasi yang telah berjaya melebarkan sayapnya ke negara Asia. Mula ditayangkan di skrin televisyen Malaysia pada tahun 2016, siri animasi Ejen Ali telah disiarkan di lebih dari 50 buah negara, termasuklah di rangkaian Disney Asia, Nickelodeon India, AlMajeed TV di Timur Tengah dan Afrika Utara serta di saluran televisyen tempatan Indonesia, MNCTV.
FIlem EJEN ALI THE MOVIE mengisahkan tentang Ali, seorang budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar. Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS – Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain. Inovasi baharu ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh seorang individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.Â
Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios berkata ketika malam tayangan perdana, “Permulaan yang bagus bagi kami untuk tahun 2020! Seperti mendapat hadiah tahun baru apabila filem EJEN ALI THE MOVIE dapat memperluaskan pasaran serantau dengan menjadi filem animasi pertama terbitan Primeworks Studios yang berjaya menembusi pasaran filem animasi Indonesia. Kami berharap gelombang fenomena Ejen Ali akan berterusan hingga ke Indonesia kerana naskah karya yang dihasilkan oleh Usamah dan ahli ‘Wauriors’ lain mempunyai nilai sinematik yang sangat tinggi dan sudah tentunya kami ingin kongsikan perasaan bangga itu kepada peminat serta pencinta filem di Indonesia.
Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, menambah, “Sokongan padu dari peminat-peminat Ejen Ali di Indonesia amat kami hargai. Terima kasih kepada mereka yang tidak pernah putus asa dan kami sedaya-upaya memenuhi permintaan mereka agar filem EJEN ALI THE MOVIE ditayangkan di sini. Bersempena dengan musim cuti persekolahan ini, kami ingin menjemput semua ‘Ejen’ di Indonesia untuk membanjiri pawagam-pawagam tempatan dan merealisasikan ‘misi pecah panggung’ Ejen Ali di Indonesia!â€
Sebanyak empat buah lagu skor muzik OST (Original Soundtrack) telah dimuatnaik di semua platform digital. Klip Video dan lagu pertama yang berjudul “Bukalah Matamu” nyanyian Aisyah Aziz dan penyanyi hip hop, Bunga, dikeluarkan pada 20 September 2019. Video lirik lagu “Bukalah Matamu” yang dimuatnaik di laman YouTube mencatat lebih dari 2.2 juta jumlah tontonan. Lagu kedua, “Kita Jaga Kita” nyanyian penyanyi hip-hop Malaysia, Altimet bersama Cuurley dan Malik Abdullah telah dikeluarkan pada 25 Oktober 2019 bersama sebuah lirik video yang kini mencatat lebih daripada 2.6 juta jumlah tontonan di laman Youtube.Â
Lagu ketiga, “Mamak Maju” yang diangkat dari salah satu babak di kedai mamak yang menjadi ‘viral’ dan berjaya mencuit hati penonton telah diperdengarkan pada umum pada 13 Disember 2019 yang lalu. Sehingga kini video babak “Mamak Maju†berjaya meraih lebih daripada 4.4 juta jumlah tontonan setelah ia dimuatnaik di laman YouTube dan mendominasi carta video trending di Malaysia selama enam hari berturut-turut. Selain dari itu, atas permintaan ramai, lagu “Mama (Di Hatimu)” yang dinyanyikan oleh pelakon suara EJEN ALI, Ida Rahayu Yusoff, dimuatnaik di laman Youtube pada 20 Disember 2019 dan mencatat lebih dari 600,000 jumlah tontonan. Lagu ini berkisar tentang penghargaan dan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. “Mama (Di Hatimu)” adalah hasil sentuhan magis Azri Yunus dan Hakim Kamal, yang juga merupakan komposer utama bagi lagu-lagu OST filem EJEN ALI THE MOVIE.
Peminat-peminat Ejen Ali di Indonesia berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan barangan eksklusif serta bertemu dengan maskot Ejen Ali di pusat membeli-belah yang terpilih sewaktu sesi ramah mesra’ filem EJEN ALI THE MOVIE. Butiran sesi ramah mesra adalah seperti berikut, tarikh-tarikh lain akan diumumkan dari masa ke semasa.
Tarikh | Lokasi |
27 Disember 2019 | Miko Mall, Bandung |
29 Disember 2019 | Car Free Day BekasiFestive Walk, Karawang (akan disahkan) |
Filem EJEN ALI THE MOVIE bakal menemui peminat di pawagam-pawagam terpilih Indonesia iaitu CGV, Flix, Kota Cinema, Platinum dan Cinemaxx bermula pada 1 Januari 2020.