Skop Productions hari ini mempersembahkan DESOLASI, hasil karya dan arahan pengarah muda, Syafiq Yusof.
Nama Syafiq Yusof sudah semakin rancak dalam bidang pengarahan filem tanah air. Ini merupakan hasil karya beliau selepas filem Mat Moto gandingan arahan beliau bersama Pekin Ibrahim yang dipertontonkan di layar perak pada 14 Januari 2016.
Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem DESOLASI
[dropcap]K[/dropcap]ini Syafiq masih meneruskan perjuangan seninya dalam gelanggang perfileman dengan karyanya yang ke 5 berjudul Desolasi. Syafiq amat yakin bahawa perjuangan dalam memartabatkan industri seni tanah air tiada noktahnya.
[pullquote align=“leftâ€]Dengan ini sekali lagi Skop Productions memberi kepercayaan kepada Syafiq untuk mengemudi Desolasi dengan lakonan berkesan dari pelakon handalan.[/pullquote]
Syafiq sekali lagi mengambil inisiatif menghasilkan sebuah karya genre psycho thriller tapi penuh dengan perisian yang lebih berteknologi tinggi dalam penggunaan kesan khas visual (CGI) sejajar dengan saranan kerajaan agar mampu ke peringkat global.
Sasaran penonton adalah di kalangan golongan muda yang kini dilihat sudah semakin melangkah jauh ke hadapan dan ini mendorong Syafiq tekad menampilkan Desolasi dengan gaya persembahan yang baharu dan bermotivasi.
Syafiq meletakkan harapan tinggi kepada Syamsul sebagai pemegang watak utama dalam Desolasi. Ini adalah filem lakonan Syamsul ke 4 di bawah arahan Syafiq selepas filem Sam (2012), Abang Long Fadil (2014) dan Mat Moto (2016). Bakat lakonan beliau yang cukup berkesan mampu menghidupkan watak Aiman yang menuntut pengawalan emosi yang cukup tinggi.
Selain itu ramai lagi pelakon-pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Bella Dally di samping pelakon berpengalaman seperti Dato’ Jalalludin Hassan dan Aida Khalidah turut membintangi Desolasi.
Berbekalkan pengalaman Syafiq melalui beberapa buah filem hasil karyanya seperti Sam, Abang Long Fadil, Villa Nabila dan Mat Moto kini beliau semakin bersemangat dan berani untuk menghasilkan sebuah lagi karya yang mencabar kredibilitinya sebagai seorang pengarah ‘versatile’ menerusi Desolasi.
Nota Produksi DESOLASI
Hasil karya
➢ Cerita Asal/Skrip – Syafiq Yusof
➢ Pengarah/Lakon Layar – Syafiq Yusof
Filem
➢ Ke-37 Terbitan Skop Productions
➢ Ke-5 Arahan Syafiq Yusof
Genre
➢ Drama / Islamik
Pelakon
➢ Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Dato’ Jalalludin Hassan, Aida Khalidah
Kos pembikinan & Promosi / CGI
➢ RM4.5 juta
Mula penggambaran
➢ 13 November 2014 / 55 hari
Melibatkan penggambaran di lokasi
➢ Kuala Lumpur / Putrajaya
Sistem bunyi
➢ Dolby Digital Surround
Penerbit
➢ Datuk Yusof Haslam & Syafiq Yusof
Sinopsis DESOLASI
Kisah ini menceritakan tentang seorang remaja bernama Aiman yang mencari jawapan dalam persoalan kehidupan. Beliau merupakan seorang pelukis yang melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan sehariannya sehingga membuatkan dirinya hilang arah. Dirinya ditimpa masalah demi masalah sehingga berlaku pertengkaran besar di antara dia dan ayahnya. Tiba suatu pagi, Aiman mendapati dirinya keseorangan di dalam dunia tanpa manusia lain. Aiman terkejut dengan kejadian tersebut dan mula mencari jawapan dalam persoalan yang di berikan kepadanya. Saksikan kesudahan kisah ini dalam filem “DESOLASIâ€.