Jennifer Lopez dan Antonio Banderas Tuntut Keadilan Bagi Wanita Teraniaya Dalam Filem Bordertown Di TV2
Peminat setia bintang terkenal Jennifer Lopez usah ketinggalan menyaksikan selebriti sensasi ini muncul dalam filem Bordertown yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot English Blockbuster pada 28 September 2012 (Jumaat), jam 10.00 malam menerusi saluran TV2.
Turut sama membintangi filem ini adalah aktor terkenal Antonia Banderas juga Maya Zapata, Irineo Alvarez, Rene Rivera, Martin Sheen dan Karolinah Villarreal dalam filem arahan Gregory Nava yang berkongsi plot kisah apabila seorang wartawan menyiasat satu siri pembunuhan berhampiran kilang milik Amerika di sempadan Juarez dan El Paso.
Lauren Adrian (Jennifer Lopez), wartawan berita Amerika yang begitu komited mahu membuat liputan tentang “Sentinel Chicago”, tugasan yang menuntutnya berada di barisan hadapan untuk melaporkan tentang perang di Iraq. Sebaliknya, George Morgan editor beliau (Martin Sheen) mahukan dia untuk menyiasat satu siri pembunuhan yang melibatkan wanita muda pekerja kilang di Bordertown Mexico.
Kisahnya berlatarkan watak Woker Eva (Maya Zapata), berasal dari negeri selatan Mexico Oaxaca, menaiki bas untuk pulang ke rumahnya terletak di pinggir bandar selepas waktu kerja. Dia menjadi penumpang yang terakhir dalam bas ketika itu. Tanpa menyimpan sebarang prasangka buruk, Eva kemudiannya bersetuju apabila pemandu bas member alasan mahu singgah ke stesen minyak. Namun sebaliknya Eva dibawa ke tempat yang sunyi dan dirogol beramai-ramai oleh pemandu bas bersama kawan-kawannya. Mereka kemudiannya mencekik Eva dan menanamnya ‘hidup-hidup’. Sangkaan mereka bahawa Eva telah mati sebaliknya Eva yang pura-pura mati dengan sekuat tenaga yang ada cuba mendapatkan bantuan.
Adrian menjadi ketua misi ke Ciudad Juárez, Chihuahua, di sempadan AS-Mexico untuk menyiasat pembunuhan dengan harapan bahawa jika dia tidak menunjukkan prestasi yang baik, dia akan ditugaskan ke Iraq oleh Morgan. Di Juárez, dia bertemu dengan Diaz (Antonio Banderas), yang telah bekerja dengan enam tahun sebelum ini, dan yang merupakan editor akhbar tempatan El Sol de Juárez. Di situ dia juga bertemu dengan Eva.
Mereka bertiga cuba untuk mencari kedua-dua pembunuh dan mereka didakwa. Untuk mencapai matlamat menyelesaikan kes tersebut, Adrian menyamar menjadi pekerja kilang untuk bertindak sebagai umpan kepada pemandu bas.
Misi mereka berjaya bila pemandu kejam itu mula masuk perangkap dan cuba menyerang Adrian dengan cara yang sama dia melakukan Eva. Walaupun bantuan polis telah diatur, mereka berada di tempat yang salah. Adrian terpaksa berjuang sendiri untuk melarikan diri penyerangnya. Pada masa sama Diaz telah ditembak dan terbunuh dalam satu kejadian tembak menembak bersama pemandu bas itu.
Di penghujung cerita Eva berubah fikiran dan tidak mahu untuk memberi keterangan sebenar kerana masih trauma dengan kejadian yang berlaku. Dia cuba untuk melarikan diri ke Amerika Syarikat. Namun dia berjaya ditangkap dan dihantar pulang. Adrian cuba menyakinkannya untuk memberi keterangan selepas itu.
Namun berjayakah dia meyakinkan Eva untuk menuntut keadilan bagi wanita yang ditindas sepertinya? Saksikan kesudahannya hanya di TV2.