in

Filem Bola Kampung The Movie Tembusi Pasaran Indonesia

BOLA KAMPUNG THE MOVIE DI PAWAGAM 21 MAC 2013

‘APABILA FANTASI MELANGKAU REALITI’

Tajuk: Bola Kampung The Movie
Genre: Animasi / Penggembaraan
Penerbit Eksekutif: Edmund Chan & Raye Lee (Animasia Studio)
Penerbit Eksekutif Bersama: Leow Teik Siong & Leow Teik Cheng (Young Jump Animation)
Tarikh tayangan: 21 Mac 2013
Edaran: GSC

Awal tahun 2013 dijalani dengan pembukaan tahun yang baik bagi pihak Animasia Studio. Bermula dengan pencalonan program animasi “Ask Lara” di International Emmy Kids Awards pada Februari 2013, antusias dan keyakinan untuk terus keluar dengan produk-produk yang bermutu buat khalayak terus memuncak.

bola kampung

Bulan Mac ini Animasia Studio, bersama-sama dengan studio Young Jump Animation, bangga mempersembahkan Bola Kampung The Movie untuk tatapan mata khalayak. Berdasarkan siri popular Bola Kampung, filem ini adalah hasil gabungan bakat dan kerjasama antara dua studio animasi terunggul ini. Bola Kampung The Movie adalah filem pertama mereka, dan menandakan komitmen Animasia Studio dan Young Jump Animation untuk menghasilkan produk animasi yang berkualiti.

KLIK VIDEO: Sekitar Prebiu Media Filem Animasi Bola Kampung The Movie 

Bakal bertemu khalayak pada 21 Mac ini, pihak Animasia Studio dan Young Jump Animation berharap filem Bola Kampung The Movie akan mendapat sokongan umum yang kini dilihat semakin giat menyokong produk tempatan.

KLIK VIDEO: Temubual Budiey Bersama Ezlynn – Bola Kampung The Movie

SINOPSIS Filem Bola Kampung The Movie
Amanda, seorang puteri dari dunia permainan maya “Kingdom Hill” telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari sang wira bergelar “Suria Warrior” untuk menyelamatkan Kingdom Hill yang sedang diserang virus.

Setibanya di Kampung Gong Lechar, Puteri Amanda telah kehilangan ingatan dan berkawan dengan wira-wira Bola Kampung seperti Iwan, Azizul, Sabok, Kumar dan kawan-kawan. Iwan pula salah anggap Puteri Amanda adalah sepupunya yang sedang bercuti sempena cuti persekolahan dan terus memperkenalkan Puteri Amanda kepada kawan-kawannya.

Tanpa disedari, seorang penjahat dari Kingdom Hill juga telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari dan membawa pulang Puteri Amanda.

Setelah beberapa hari, ingatan Puteri Amanda beransur pulih, sedikit demi sedikit. Puteri Amanda kemudian menyedari bahawa Sabok ialah Wira “Suria Warrior” yang dicari-carinya selama ini. Malang sekali, Puteri Amanda telah ditangkap dan dilarikan oleh penjahat itu dan dipaksa untuk pulang ke dunia permainan maya, Kingdom Hill.

Dalam masa yang sama, Kumar, yang merupakan saintis muda di kampung tersebut mendapati bahawa permainan maya Kingdom Hill telah diserang virus dan berkemungkinan bahawa virus sama yang akan mengancam keamanan Kingdom Hill.

Atas nama persahabatan dan kemanusiaan, Iwan dan rakan-rakan bersetuju membantu menyelamatkan Puteri Amanda dan kerajaannya. Iwan, Sabok, dan Azizul kemudian memasuki dunia maya, Kingdom Hill, dengan usaha untuk menyelamatkan Puteri Amanda, sekaligus menghancurkan niat jahat Lord Vilus untuk menakluki kerajaan Kingdom Hill.

Di situlah bermula sebuah penggembaraan; penggembaraan yang pastinya harus ditonton oleh khalayak untuk mengenal sebuah ikatan antara persahabatan dan kekeluargaan.

Informasi

Bola Kampung bermula sebagai siri televisyen animasi buatan Malaysia yang telah dihasilkan oleh Animasia Studio.

Siri Bola Kampung telah disiarkan dalam bahasa Melayu di saluran RTM dan TV9. Kemudian siri ini dialih bahasa ke bahasa Inggeris dan bahasa-bahsa lain dengan membawa tajuk Football Kids untuk tayangan Disney Channel di 16 buah negara sejak tahun 2007 termasuk Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura, Filipina, Vietnam dan Turki. Bola Kampung merupakan siri animasi pertama dari Malaysia yang mendapat saluran melalui Disney Channel Asia.

Sehingga kini, siri ini telah disiarkan empat musim di kaca televisten. Pada tahun 2011, siri ini telah diperbaharui dengan judul Bola Kampung X dan ditayangkan secara perdana di saluran Cartoon Network.

Edmund Chan selaku Pengarah Urusan Animasia Studio Sdn Bhd menyatakan bahawa
projek ini telah disertai oleh lebih 100 bakat tempatan dan filem ini akan mempersembahkan format Imej Janaan Komputer (CGI) yang baharu dan menakjubkan.

Setiap karakter dalam filem ini diberikan ‘nyawa’ melalui suara-suara yang dipinjamkan oleh
pelakon, penyanyi, komposer dan penyanyi tempatan. Dengan bajet RM6 juta, filem animasi ini dibentukkan cantik dengan peringkat kualiti antarabangsa; yang menjanjikan hasil kerja tempatan dengan kreativiti yang hebat.

Tentang Animasia Studio

Khalayak Malaysia boleh berbannga dengan penghasilan Animasia Studio yang sudah ditubuhkan sejak tahun 2005. Sejak 8 tahun lalu, pihak Animasia Studio sudah menghasilkan pelbagai produk animasi antaranya Supa Strikas, Bola Kampung, ABC Monster, Chuck Chicken, Balla Bowl, Bola Kampung X, Harry Bunny dan Asian Folklores.

Animasia Studio merupakan sebuah produksi dengan kandungan digital menawarkan hasil-hasil kerja animasi kreatif dan idea baharu nan bernas. Animasia Studio turut memberikan suntikan warna, keseronokan, penggembaraan dan menukarkan kehidupan statik kepada siri animasi dan kartun.

Merentasi jalan multimedia, animasi dan hasil kerja seni, Animasia Studio berbangga apabila mendapat ISO 9001:2008 pertama syarikat animasi dan staus syarikat MSC Malaysia dengan pengalaman melebihi 10 tahun dalam dunia animasi.

Didirikan sejak tahun 2005, Animasia Studio juga telah menerima beberapa anugerah di seluruh Asia. Untuk tahun lalu, pihak Animasia Studio telah menjadi pemenang anugerah iPi Motion Capture August Challenge 2012. Selain mendapat pencalonan di International Emmy Kids Awards untuk siri “Ask Lara”, Animasia Studio juga mendapat nominasi di Asia Television Awards 2012 untuk program animasi “Roll No 21”.

Tentang Young Jump Animation

Young Jump Animation adalah sebuah studio animasi digital yang telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia. Studio ini mempunyai kepakaran dalam menghasilkan kandungan CGI dan 3D animasi untuk filem, televisyen, permainan komputer dan multimedia. Young Jump juga memiliki dan mengendalikan studio motion capture terbesar di Malaysia.

Antara tajuk-tajuk animasi yang dihasilkan oleh Young Jump termasuk Saladin: The Animated Series, Fight Masters: Silat, Skyland, T-Force, Nien Resurrection dan Rojak. Pada tahun 2011, siri animasi Saladin menjadi siri pertama Malaysia untuk mendapat nominasi untuk International Emmy Awards.

Barisan ‘pelakon’ Bola Kampung The Movie

Pelakon / Penyumbang suara Karakter
Ezlynn IWAN
Afdlin Shauki SABOK
Harris Alif AZIZUL
Marsha Milan PUTERI AMANDA
Aznil Nawawi LORD VILUS
Adila Shakir (Dilly) NASHA
Baki Zainal SANTOK
Meester Bones KUMAR
Douglas Lim SZETO
Harun Salim Bachik TOK AYAH
Aizat Amdan MAT
Mamat MID
Meester Bones MUD
Rahhim Omar KING
Deanna Yusoff PERMAISURI / QUEEN

Tim Produksi Bola Kampung The Movie

Penerbit ekskutif: Edmund Chan & Raye Lee
Penerbit ekskutif bersama: Leow Teik Siong & Leow Teik Cheng
Pengarah animasi: Ah Loong & Chua Chong Tee
Pengarah kreatif: Cheong Siew Wai
Skrip: Roy & Ah Loong & Chua Chong Tee Lakon Layar: Fairul Nizam Ablah, Ah Loong, & Chua Chong Tee
Pengurus Produksi: Francis Cobb
Produksi CGI: Young Jump Animation
Runut Bunyi: Noisy Bunch Sdn. Bhd.
Produksi Audio Pos: Imaginex Studios
Muzik Latar: Savy Ho Pengarah Vokal: Joanna Bessey

Sila layari laman web www.bolakampungmovie.com atau fb.bola-kampung.com untuk maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket FanZone Konsert Twin Tower ALive 2013

Universal K-Pop Crazy Party 2013