in

Filem BO-PENG Taruhan Terbaru Pencil Pictures

Pada malam ini, Budiey.com dijemput unruk menonton filem psiko-thriller komedi berjudul BO-PENG. Malam tayangan media ini dihadiri oleh ramai pelakon terkenal, Nabil Ahmad, Johan As’ari, Zulin Aziz, Soffi Jikan, Fauzi Nawawi, Along Ezandy, Wanna Ali dan ramai lagi. Filem ini bakal menjengah pawagam mulai 22 Disember 2016.

Budiey sempat menemubual pelawak terkenal, Nabil Ahmad yang baru sahaja selesai jadi hos Gegar Vaganza musim ke-3. Menurut Nabil, beliau sangat teruja menanti respon dari peminat yang menonton filem ini. Beliau harap filem ini diterima oleh semua masyarakat. Nabil membawa watak Bo ini turut mengatakan filem ini memberikan pengalaman baru bagi beliau apabila digandingkan dengan pelakon berkaliber seperti Johan As’aari dan Zulin Aziz.

Filem komedi suspen ini memaparkan kisah dua sahabat baik yang bekerja di sebuah restoran makanan segera di mana mereka secara tidak sengaja terlibat dengan satu kes penculikan dan bagaimana meeeka berjaya menyelesaikan kes itu dengan pebagai rintangan serta peristiwa yang terjadi dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa penculikan tersebut. Filem ini memberi mesej di mana kita semua kena berhati-hati menggunakan sosial media.

Filem BO-PENG diarahkan oleh pengarah Helmi Yusof yang sudah mengarah dua buah filem iaitu Bikers Kental dan Bikers Kental 2.

Filem ini telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM1.4 juta di mana menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur. Budiey rasa sangat terhibur semasa menonton babak-babak lawak dalam filem ni.

Menurut Johan Asaari yang selalunya membawa watak berat, mengakui sangat sukar semasa melakonkan babak lawak digandingkan demgan Nabil Ahmad. Gandingan serasi semasa di set menjadikan mereka bekerjasama menjayakan scene di mana Nabil banyak membantu memberikan idea bernas di luar kotak.

Zulin pula memuji lakonan Soffi Jikan yang membawa watak penjahat yang cukup berkarakter.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Nama Calon Selebriti di Anugerah Melodi 2016

Konsert Estranged Sepenuhnya Vol 1. di Johor