9 FILEM BLOCKBUSTER TEMUI PENONTON TV2 TAHUN BAHARU CINA INI
Bagaimanakah sambutan perayaan dapat mengeratkan hubungan? Pastinya pelbagai pendekatan diambil semua pihak dalam merealisasikan impian mengeratkan hubungan persahabatan dan persaudaraan apatahlagi menjelangnya perayaan Tahun Baharu Cina yang diraikan seluruh penganut agama Buddha pada 3 dan 4 Februari depan.
Namun seolah satu kewajiban pihak stesen TV menjanjikan variasi tayangan filem-filem hebat yang bakal disiarkan menerusi saluran Dunia Ria, TV2 sepanjang perayaan ini. Bermula pada 2 Februari 2011, jam 9.00 malam penonton terutama dikalangan penggemar filem-filem animasi dijanjikan dengan tayangan filem Storm Rider : Clash Of The Evils yang plot ceritanya diambil dari cerita asal dua watak utama iaitu Wind dan Cloud. Kemudiannya pada hari sama jam 11.00 malam, filem Shrek The Third pula mengambil tempat menghiburkan penonton dengan kisah Putera Charming berada di atas pentas sebuah dewan. Dia diejek apabila peralatan set terjatuh. Charming terus meninggalkan dewan tersebut dengan kecewa dan bersumpah suatu hari nanti akan menjadi seorang raja.
Keesokkannya pada 3 Februari 2011, saksikan pula filem Rob – B – Hood, sebuah filem aksi komedi mengisahkan penculikan seorang bayi oleh kumpulan perompak yang dianggotai oleh Thong dan Octopus. Penculikan ini dilakukan bagi pihak sebuah kumpulan kongsi gelap. Thong dan Octopus telah menjaga bayi itu sebelum diserahkan kepada kumpulan tersebut. Namun sanggupkah keduanya menyerahkan bayi comel itu kepada mereka setelah rasa sayang timbul di hati untuk menyelamatkan bayi itu? Dibintangi oleh Jackie Chan, Louis Koo dan Micheal Hui, filem ini menemui penonton jam 9.00 malam. Seterusnya menyusul filem hebat Toy Story yang disiarkan jam 11.00 malam yang meminjam suara pelakon terkenal Tom Hanks sebagai Woody, Tim Allen sebagai Buzz Lightyear dan Don Rickles sebagai Mr. Potato Head. Filem animasi ini mengisahkan Woody, patung ‘cowboy’ yang menjadi ketua kepada sekumpulan permainan kanak-kanak. Permainan tersebut adalah kepunyaan seorang kanak-kanak lelaki bernama Andy. Kumpulan patung ini bertukar menjadi seperti manusia apabila tiada orang di sekeliling mereka.
Kisah Puak Huns yang diketuai oleh Shan Yu yang sangat kejam menceroboh Puak Han di China, memaksa Maharaja China member notis kerahan tenaga kepada semua rakyat jelata yang mana setiap keluarga perlu menghantar seorang ahli keluarga mereka menjadi askar pula melatari filem Mulan 2 yang disiarkan pada 4 Februari 2011, jam 9.00 pagi. Kisahnya berlanjutan dengan watak Fa Mulan yang mendengar kerahan tersebut, dia rela untuk menggantikan bapanya, Fa Zhou. Dia bertindak menyamar menjadi lelaki bernama Ping. Bapanya berdoa kepada nenek moyang mereka untuk meminta perlindungan. Nenek moyangnya menghantar naga untuk menjaga Mulan. Sebelah malamnya, jam 12.00 malam pula filem RV yang mengisahkan Bob Munro, seorang eksekutif di sebuah syarikat minuman di California. Bob berdepan dengan keluarga yang tidak teratur dengan dua orang anaknya. Ketika percutian yang dianjurkan oleh syarikatnya, mereka sekeluarga terlibat dengan kemalangan dan mereka telah bertembung dengan sebuah keluarga lain. Apakah yang berlaku di antara mereka? Saksikan kesudahan filem menarik lakonan hebat Robin William, Jojo dan Victoria Heilman ini seterusnya.
Pada 5 Februari 2011 pula penonton berpeluang menyaksikan tiga filem berturut-turut iaitu The Emperor’s New Groove (jam 10.00 pagi), Go Home (jam 4.00 petang) dan National Treasure : Book Of Secret (jam 11.00 malam) yang berbeza genre untuk seisi keluarga. The Emperor’s New Groove, sebuah filem animasi komedi, Yzma merancang untuk membina sebuah taman air baru untuk dirinya sendiri sempena hari lahirnya. Lalu apakah yang terjadi selanjutnya? Mengisi slot Saturday Nite Special On 2, filem National Treasure : Book Of Secret mengajak penonton menghayati situasi berlaku lima hari selepas tamat Perang Sivil, John Wilkes dan Micheal O’Laughlen ahli Kelab KGC, berjumpa Thomas Gates, seorang pakar dalam menyelesaikan masalah. Thomas diberi kod dari diari Booth untuk diterjemah. Pada masa sama, Booth telah meninggalkan Teater Ford’s untuk membunuh Presiden Abraham Lincoln. Apabila Thomas sudah memperolehi tanda tersebut, kod it menunjukkan lelaki itu pergi ke Cibola yang dikenali Bandar Emas dan mempunyai niat jahat untuk mendapatkan harta karun.
Bagi mengetahui apakah kesudahan dan plot-plot menarik ingin dikongsi sembilan filem-filem hebat ini, pastikan anda meluangkan masa sepanjang perayaan ini dengan menonton saluran Dunia Ria, TV2.