TEMA CINTA SLOT CINEMA @ 2 : BLIND DATE (10 FEB 09) DAN JUST MARRIED (11 FEB 09), JAM 9.00 MALAM DI TV2
Slot tontonan ramai Cinema @ 2 yang tidak pernah gagal dalam menyajikan filem-filem Inggeris hebat di TV2 minggu ini tanpa dengan tema cinta yang pastinya dapat menarik minat penonton berhibur dua hari berturut-turut.
Dua filem yang bakal menemui penonton iaitu bermula dengan Blind Date (10 Februari 2009) dan Just Married (11 Februari 2009), jam 9.00 malam menerusi saluran TV2, Dunia Ria.
Blind Date (10 Feb 09), filem genre romantik komedi yang popular sekitar tahun 1987 arahan Blake Edwards ini mengetengahkan kisah berlaku pada watak Walter Davis lakonan Bruce Willis yang membenarkan saudaranya, Ted (Phil Hartman) untuk mengaturkan ‘pertemuan rahsia’ dengan sepupu isterinya, Nadia (Kim Basinger).
Nadia berpewatakan pendiam dan pemalu jelas janggal bila dipertemukan dengan Walter. Bagaimanapun Nadia sebenarnya terlibat dalam aktiviti memerangkap haiwan liar. Tambah memburukkan keadaan, Nadia cemburukan bekas kekasihnya dengan seorang pemburu binatang liar yang sememangnya terikat dengan kerja mereka memburu di hutan ketika tengah malam.Â
Situasi jadi kelam kabut apabila Nadia sanggup melakukan apa saja semata-mata mahu mendapatkan semula David. Walter pula terpaksa memikirkan cara terbaik untuk merebut cinta Nadia, gadis yang mula dicintainya dalam diam.
Esoknya menerusi slot sama, penonton diajak menonton Just Married (11 Feb 09), kisah pasangan pelakon terkenal Britanny Murphy di samping Ashton Kutcher yang membawakan watak suami isteri, Sarah dan Tom yang hidup bahagia bersama. Mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan atas dasar cinta antara satu sama lain.
Malangnya, perkahwinan mereka tidak mendapat restu dan persetujuan daripada keluarga dan teman-teman rapat Sarah yang tidak setuju dengan pilihan Sarah untuk menjadikan Tom sebagai teman hidupnya.
Mereka kemudiannya merancang untuk memisahkan mereka dengan mengaturkan percutian ke Eropah dengan alasan ianya sebagai hadiah bulan madu untuk pasangan itu. Sarah dan Tom yang teruja dengan pemberian hadiah itu tanpa mengetahui hasrat yang terselindung di sebalik percutian itu untuk memutuskan hubungan mereka terus menyatakan persetujuan melancong.
Ketika itu juga, keluarga Sarah mengambil kesempatan menghantar bekas teman lelaki anaknya bernama Peter Prentis lakonan Christian Kane untuk menghuru-harakan keadaan dengan harapan dapat memutuskan hubungan Sarah dengan suaminya itu.
Bermacam kejadian berlaku yang dapat menguji kesabaran dalan mempertahankan hubungan mereka suami isteri. Namun dapatkah mereka mereka bertahan atau sebaliknya?
Justeru kepada anda peminat setia slot Cinema @ 2 diharap tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan dua buah filem hebat, Blind Date (10 Feb 2009) dan menyusul Just Married (11 Feb 2009), jam 9.00 malam Di TV2 dalam melengkapi bulan percintaan ini bersama insan-insan tersayang dan keluarga.