Raikan Kemeriahan Anugerah Academy dengan Sajian Filem Menarik Februari ini, hanya di ntv7!
Februari ini bersedia untuk dihiburkan dengan filem-filem Anugerah Academy: Dragon Heart, Mighty Joe Young dan The Recruit. Filem-filem yang tidak jemu ditonton ini akan menemui anda setiap malam Sabtu bermula 7hb Februari 2009 jam 10.00 malam.
Dragon Heart merupakan filem fantasi yang diarahkan oleh Rob Cohen dan dibintangi Dennis Quaid, David Thewlis, Pete Postlethwaite dan Dina Meyer. Filem yang mendapat pencalonan untuk Anugerah Kesan Khas Terbaik ini berlatar belakangkan abad ke-10 di England.
Bowen, seorang pemburu Naga yang berani, mencari dan memburu Draco, satu-satunya Naga yang masih tinggal di muka bumi ini yang juga mampu untuk bercakap. Dalam rancangan untuk memastikan Draco terus hidup dan memperoleh keuntungan untuk Bowen, Draco mengganas di Kota dan Bowen muncul untuk “menghapuskan” Draco bagi mendapatkan ganjaran. Lama-kelamaan mereka menjadi kawan rapat. King Einon yang kejam akhirnya mengkhianati Bowen dan Draco, menyebabkan kedua-duanya merancang untuk mengalahkan King Einon.
Walaubagaimanapun, setahun yang lalu Draco yang mulia menderma separuh daripada jantungnya kepada Einon dalam usaha menyelamatkan nyawa Einon yang hampir terkorban dalam peperangan. Sekiranya Einon mati, begitu juga dengan Draco. Mampukah Bowen mencari jalan untuk membalas dendam keatas Einon tanpa kehilangan rakan karibnya yang tersayang? Dragon Heart merupakan filem fantasi yang membawa anda jauh dari dunia realiti. Nantikan kemunculan makhluk yang bernafaskan api ini pada hari Sabtu, 7hb Februari 2009 jam 10:00 malam.
Mighty Joe Young, sebuah karya Disney yang dibintangi Bill Paxton and Charlize Theron dan diarahkan oleh Ron Underwood. Ia merupakan filem yang berdasarkan filem hitam-putih tahun 1949 dengan tajuk yang serupa.
Menceritakan tentang seekor gorilla yang besar, mempunyai sifat yang penyayang dan melindungi. Di hutan tempat tinggalnya, dia menjaga dan melindungi seorang kanak-kanak perempuan yatim yang kemudian membawanya ke Los Angeles untuk menyelamatkannya dari pemburu yang kejam. Tiba di sana, keadaan berlaku sebaliknya apabila seorang lelaki yang tidak bertangungjawab mempergunakannya untuk meraih keuntungan, lantas gorilla terbabit bertindak di luar kawalan.
Ingin tahu apa kesudahannya? Tontonlah filem yang penuh dengan adegan romantis ini bersama yang tersayang pada Hari Kekasih, 14hb Februari 2009 jam 10:00 malam.
The Recruit merupakan sebuah filem thriller pengintipan yang dibintangi Colin Farrell, Al Pacino dan Bridget Moynahan. Dilancarkan pada 2003, The Recruit mengisahkan kerjaya sebagai seorang CIA yang baru sahaja menamatkan latihans di MIT.
Dalam era dimana sebuah negara yang mengutamakan aspek pertahanan, kebijaksanaan adalah perkara yang terpenting dan mengatasi segala-galanya. Filem ini menceritakan tentang kehidupan sebagai seorang agen CIA yang memberi peluang kepada ahlinya di agensi terbabit: bagaimana pelatih di latih, persediaan mereka untuk permainan pengintipan dan apa yang mereka harus pelajari untuk terus hidup. James Clayton (Colin Farrell) mungkin tidak mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pelatih CIA tetapi dia merupakan pelatih senior yang bijak dan satu-satunya pelatih yang diperlukan Walter Burke (Al Pacino) di agensi tersebut.
James memilih untuk menjalankan misi CIA yang memberi cabaran bagi dirinya berbanding kehidupan biasanya. Tetapi sebelum menjadi pegawai atasan, James terpaksa menjalani satu latihan rahsia di agensi dimana pelatih muda akan dibentuk menjadi seorang pelatih yang matang dan cekap. Burke mengajarnya tentang selok-belok dan peraturan sebagai pengintip. James dengan cepatnya menyerlah sebagai seorang pelatih dan akhirnya jatuh hati terhadap Layla (Bridget Moynahan), rakan pelatihnya di agensi. Akan tetapi apabila, James mula menyoal tentang peranannya dan hubungan yang keruh dengan mentornya, Burke mencabarnya dengan satu tugasan pengintipan khas. Perasaan saspen dapat dirasai di kemuncak cerita ini apabila ungkapan tradisi CIA menjadi kenyataan: “ jangan mudah mempercayai orang lain” dan “ bukan selalu yang dilihat itu benar”. Diarahkan oleh Roger Donaldson, filem yang penuh aksi dan saspen ini akan keudara pada 21hb Februari 2009 jam 10:00 malam.
Gemerlapan cahaya lampu, persalinan mewah dan senyuman yang mempersonakan dari bintang-bintang Hollywood…
Untuk melengkapkan hujung minggu anda Februari ini, saksikan Anugerah Tahunan Akademi ke-81 pada hari Jumaat, 27 Februari 2009 jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang! Disiarkan di lebih 200 buah negara, acara yang penuh gilang-gemilang ini akan diulang tayang pada hari Sabtu, 28 Februari 2009 jam 10:00 malam hingga 1:00 pagi. Pelakon utama filem “Australia” arahan Baz Luhrmann, Hugh Jackman akan mengendalikan acara tahunan ini buat kali pertama, dipilih kerana sifat humor dan kredibilitinya sebagai seorang penghibur yang berkebolehan serta mempunyai daya penarik dan elegan.
Beristirehatlah di rumah disamping keluarga dengan menonton filem-filem Oscar dan Anugerah Tahunan Academy ke-81 yang menarik di ntv7, Saluran Ceria Anda!