LIBAS: SEBUAH FILEM AKSI KOMIKAL SEUMPAMANYA DI MALAYSIA BERSEDIA MENYAMBUNG GENERASI 12 JUTA!
Industri perfileman tanah air kita semakin hari semakin berani. Banyak filem yang dihasilkan tanpa ada perasaan gentar lagi pada risiko atau halangan. Hanya cabaran dan kesungguhan pemangkin semangat untuk hasil karya yang memberangsangkan. Ini terbukti apabila sudah ada filem tempatan mampu memecah tradisi kutipan box office mencecah RM12 juta. Kemajuan ini perlu diteruskan lagi bagi mengekalkan keseimbangan persaingan secara konsisten di dalam industri perfileman Malaysia. Seterusnya, nantikan kemunculan filem penyambung generasi 12 juta ini, LIBAS!
MDAG Marketing Sdn Bhd muncul dengan sebuah filem berkonsepkan sukan tradisi sepak takraw yang sememangnya sinonim di hati masyarakat Malaysia. Memutuskan untuk disampaikan secara aksi komikal yang dianggap sebagai kekuatan utama filem ini, sentuhan Jurey Latiff Rosli ini dilihat sebagai satu intipati karya yang sangat kreatif. Tidak terlalu klise dengan menampilkan cara bermain sepak takraw seperti kebiasaan, filem Libas ini menerapkan aksi-aksi komikal sebagai tunjang utama paparan permainan takraw dan juga taruhan elemen komedi yang diselaraskan dengan ketepatan yang baik.
Menurut produser filemnya, Mohamed Azlan Ghazali dan Rosdi Mat Yusof berkata, “Kita menghasilkan filem ini mengikut pendekatan yang diinginkan oleh anak muda. Terlampau klise dengan permainan sepak takraw yang biasa adalah membosankan tetapi bukanlah bermakna kita ingin lari dari dunia nyata cuma ini adalah sebuah filem dan hanya menerusi filemlah kita mampu menghasilkan kelainan. Penggunaan CGI sangat membantu dalam gambaran kita menghasilkan sebuah corak permainan sepak takraw yang penuh dengan aksi mengujakan. Walaupun begitu, kita tetap menampakkan ketradisian sepak takraw khususnya cara bermain dan sistem permainan gelanggang.â€
“Aksi komikal yang diketengahkan menerusi filem ini bukanlah bermaksud aksi seperti kartun tetapi ia adalah daya kreatif dalam memperlihatkan aksi-aksi yang gempak dan fantastik yang ingin dilihat oleh penonton. Mungkin ada yang akan mengatakan ia mirip pada filem Shaolin Soccer, namun kita percaya ianya sama cuma dari segi konsep komikalnya tetapi konsep penceritaan adalah sangat jauh berbeza. Kita tidak mengikut mana-mana pihak tetapi kita menghasilkan filem ini dengan semangat persaingan untuk tampil memberikan satu kelainan dalam industri perfileman Malaysia selain berusaha untuk menjadi penyambung kejayaan 12 jutaâ€, tegas mereka lagi.
Filem ‘Libas’ yang mempertaruhkan sukan sepak takraw ini menampilkan Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan Raja Lawak dan Beego sebagai teraju utama. Mengaitkan kepercayaan tradisi permusuhan antara Malaysia dan Thailand dalam arena sepak takraw, filem ini menceritakan perihal Raja Libas yang berusaha menubuhkan kembali pasukan sepak takraw Malaysia dengan mencari bakat-bakat muda sebagai pengganti memandangkan kecedaraan kakinya yang serius untuk merampas kembali piala kemenangan bola warisan dari pasukan Thailand. Selain terpaksa menghadapi permainan kotor pasukan lawan, kawan sepasukan juga turut belot menentang dirinya. Yang pasti, cuma dirinya yang mampu menaikkan kembali nama pasukan takraw Malaysia.
Bakal ditayangkan pada 29 September 2011 ini, filem Libas dilihat mampu menarik perhatian golongan muda yang sememangnya meminati filem-filem berunsur aksi yang hebat. Aksi yang turut dihiasi elemen komedi yang bersahaja ini juga dipercayai dapat menyambung kejayaan box office 12 juta yang telah direkodkan dalam industri filem Malaysia sekaligus membuktikan kehebatan filem tempatan di mata dunia. Mudah-mudahan.
GAMBAR SEBALIK TABIR PENGAMBARAN FILEM LIBAS