Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat menerusi ciapan di laman Twitter berkongsi beberapa pandangannya mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Menurut Hatta, dia akui masyarakat kini lebih terbuka untuk mengaku bahawa mereka tergolong dalam kelompok ini dan ingin menjadi diri sendiri. Namun, tegasnya kenyataan itu bukan sahaja mewakili diri mereka malah dalam masa yang sama akan turut melibatkan maruah keluarga.
“I faham bila cakap pasal lembut, gay, lesbian, pengkid, pondan and banyak now berani keluar statement dan bangga nak mengaku konon nya “i want to be myself” faham tu tapi kita tak represent diri kita je, kita bawa maruah keluarga juga kena fikir sama”
– Hatta Dolmat
Dalam pada itu, Hatta juga menitipkan pesanan buat mereka agar dapat menjadi versi diri yang terbaik dengan memikirkan soal keluarga.Tambahnya lagi, dia turut berharap agar dengan perubahan tersebut akan dapat mendorong ke arah kebaikan dan membuatkan orang lebih hormat dengan mereka.
“Nak jadi apa pun jadi lah but jadilah the best version of yourself, benda salah tetap salah jangan nak kata this is me, I don’t care, yes you dont care, but your family? Parent? Sibling?”
“Nak jadi mcm mana pun jadilah but jadilah yang encourage ke arah kebaikan yang spread more good vibes and positivity bagi orang respect that” katanya lagi
– Hatta Dolmat
Terdahulu, Murai.my melaporkan pelakon dan pengarah Isma Yusoof akui bahawa dirinya adalah seorang Transeksual dan enggan lagi berpura-pura kerana ingin menjadi dirinya yang sebenar.
*Sumber: Murai