in

Fiesta Malam Sabtu di 8TV

FIESTA MALAM SABTU DI 8TV!
Empat filem hebat untuk anda di bulan Ogos ini

Jangan lupa untuk membuat temujanji malam Sabtu anda pada bulan Ogos ini, kerana 8TV akan menyajikan kepada anda barisan filem-filem hebat dari Hong Kong ke ruang tamu anda! Ogos ini, kami pasti membuat anda terus melekat di kaca TV, setiap Sabtu, jam 8.30 malam, hanya di 8TV!

“Saksikan filem-filem hebat ini setiap malam Sabtu, secara percuma dan eksklusif di 8TV!” ujar Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.

THE BANQUET
Tarikh Siaran: 7 Ogos 2010
Masa: 8.30 pm
Pelakon: Zhang Zi Yi, Tim Yip, Tan Dun, Zhang Li, Daniel Wu, Zhou Xun

Filem yang diadaptasikan daripada tulisan Shakespeare, iaitu Hamlet, The Banquet terletak di dalam suasana kekecohan sebuah empayar. Pelakon sensasi Asia, Zhang Ziyi membawakan watak seorang Maharani muda, Wan yang terperangkap dalam cinta terlarang bersama anak tirinya, Putera Wu Luan (Daniel Wu). Selepas kemangkatan Maharaja, abangnya Li (Ge You) mengambil alih takhta. Maharani Wan telah mengahwini Maharaja baru itu demi melindungi kekasihnya, Putera Wu Luan dan mengekalkan kedudukannya di dalam istana. Maharaja Li telah menghantar pembunuh upahan untuk membunuh Maharani kerana rasa terancam olehnya, namun rancangan tersebut gagal. Yakin bahawa bekas Maharaja telah dibunuh oleh Li, Putera Wu Luan kembali ke istana bagi menuntut bela. Di situ, beliau berjumpa dengan seorang gadis, Qing (Zhou Xun), yang menaruh hati terhadapnya. Maharaja Li kemudian menganjurkan sebuah jamuan diraja, tetapi setiap yang hadir mempunyai agenda tersembunyi. Sebuah kisah yang pasti membuatkan anda tersentuh, dan persembahan yang begitu memuaskan daripada kesemua bintang pelakonnya.

THE HAPPY GHOST II
Tarikh Siaran: 14 Ogos 2010
Masa: 8.30 pm
Pelakon: Raymond Wong, Fennie Yuen, May Law, Charine Chan, Jeane M.Kanai

Hoi Sum-kwai (Raymond Wong) merupakan kelahiran semula Happy Ghost terdahulu, Chu Kam-chun. Dia kini merupakan seorang guru yang berdedikasi di sebuah sekolah tinggi perempuan. Tai Cheuk-yee (Fennie Yuen), May (May Law) dan Yiu King (Charlie Chan) adalah antara pelajarnya yang paling nakal. Hoi sering menjadi mangsa tipu daya mereka. Dia memilih untuk menggunakan kuasa ajaib yang ada padanya untuk menghalang pelajar perempuan dari keluar bersama-sama pelajar lelaki. Rancangannya telah memakan dirinya sendiri apabila dia bertemu dengan pujaan hatinya, Ms. Lo (Jeane M. Kanai), dan memperbodohkan dirinya sendiri. Namun, apabila kerjayanya berada di ambang kejatuhan, dia nekad untuk membaiki reputasinya. Hoi kemudian membantu pelajarnya untuk memenangi perlawanan bola tampar yang hampir menghadapi kekalahan, kerana kurangnya latihan dan keyakinan. Para pelajarnya berasa sangat terhutang budi terhadapnya, dan berkerjasama dengan pelajar lelaki untuk menolong Hoi mendapatkan perhatian Ms. Lo. Segalanya tidak semudah yang disangka. Adakah mereka akan berjaya? Anda perlu menyaksikan sendiri cerita komedi klasik ini!

RULE NO.1
Tarikh Siaran: 21 Ogos 2010
Masa: 8.30 pm
Pelakon: Ekin Cheng, Shawn Yue

Polis Lee yang keletihan mendapat lebih dari apa yang dipinta apabila menahan seorang pemandu diatas kesalahan memandu, dan menemui mayat wanita di dalam but kereta serta pistol yang di acu ke mukanya. Belum sempat berlakunya tembakan, mayat wanita tersebut tiba-tiba berdiri dan Lee menembak mati pembunuh terbabit. Selepas menerangkan kejadian tersebut kepada penyelianya, Lee telah ditukarkan ke jabatan yang menguruskan kes-kes paranormal, “Miscellaneous Affairs Department”. Hari pertama bertugas, Inspektor Wong (Ekin Cheng) memesan kepada Lee tentang peraturan No.1 (Rule no.1) yang harus dipegang iaitu memberitahu orang ramai bahawa hantu tidak wujud, walaupun terpaksa bergadai nyawa demi memburu hantu yang bertanggungjawab dalam beberapa siri kematian yang misteri. Sementara ada hantu yang tidak membahayakan, ada juga yang kuat serta roh jahat yang menular bagai virus terhadap sesiapa yang disentuh. Hantu ini mempunyai niat untuk mengejar Lee dan Wong. Sebuah cerita seram yang anda pasti tidak akan dapat lupakan!

MERDEKA SPECIAL – THE MYTH
Tarikh Siaran: 28 Ogos 2010
Masa: 8.30 pm
Pelakon: Jackie Chan, Tony Leung, Kim Hee Seon

Seorang ahli arkeologi berani, Jack (Jackie Chan) dan saintis yang bercita-cita tinggi, William (Tony Leung Ka Fai) melakukan sebuah pengembaraan yang akan membawa mereka kepada penemuan hebat tentang sejarah China. Melalui sebuah mimpi yang aneh, Jack melihat dirinya menjelma sebagai Meng Yi, seorang jeneral yang jatuh cinta kepada Maharani pertama yang jelita, Ok Soo (Kim Hee Seon) lebih kurang 2 ribu tahun lampau. Sewaktu Meng Yi mengarahkan askarnya bertindak keatas kumpulan pemberontak, dia harus berhadapan dengan perasaannya untuk memilih di antara cinta abadi atau kesetiaan. Kembali ke zaman kini, Jack dan William menemui pedang purba dan permata ajaib yang membawa mereka ke Heavenly Palace, iaitu makam Maharaja Pertama. Ia merupakan istana penuh dengan perangkap serta kejahatan yang tidak terungkap. Apa yang mereka tidak tahu, semakin Jack menghampiri kebenaran, semakin hilang dirinya di antara masa lampau dan kini. Adakah segalanya sekadar mimpi? Kebenarannya bakal terungkai di dalam cerita fiskyen sejarah hebat ini, hanya di 8TV!

8TV juga tedapat di saluran Astro 708, dan anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari laman web mobile.8tv.com.my atau layari laman web rasmi www.8tv.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shahir Duta Brands Berlakon Filem Karak

Azizah Mahzan & Ijoy dalam Drama Jalan Lain Ke Madinah