FIESTA KAAMATAN GAWAI BERSAMA FELIX & MARSHA

FIESTA KAAMATAN-GAWAI, 1 JUN 2008 (AHAD), 2.05 PETANG DI RTM1.

Pesta Kaamatan merupakan satu perayaan penting bagi penduduk Sabah dan diraikan sepanjang bulan Mei dengan kemuncaknya pada 30 dan 31 Mei setiap tahun. Manakala Hari Gawai Dayak pula diraikan oleh masyarakat setempat di Sarawak pada setiap 1 dan 2 Jun. Walaupun diarakan di dua buah negeri berbeza, namun kedua-dua perayaan ini mempunyai persamaan iaitu ianya diraikan sebagai tanda kesyukuran di atas hasil tuaian tanaman padi oleh kedua-dua masyarakat. 

Oleh kerana itu, RTM Sabah dan juga RTM Sarawak mengambil inisiatif dengan menjalinkan kerjasama bagi menerbitkan sebuah rancangan khas sempena kedua-dua perayaan tersebut. Rancangan khas sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak pada tahun ini dinamakan ‘Fiesta Kaamatan-Gawai’.

Program yang akan dikendalikan oleh dua orang bakat muda yang masing-masing merupakan anak jati Bumi Kenyalang juga Negeri di Bawah Bayu iaitu Anding dan juga Clarise J. Matha. Program ini bakal memaparkan kemeriahan sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak. Barisan artis yang berasal dari kedua-dua negeri digabungkan dalam mempersenmbahkan seleksi lagu kotemporari dan juga lagu etnik yang popular Sabah dan Sarawak.

Istimewanya dalam rancangan ini ialah persembahan kesemua lagu adalah dengan iringan pemuzik Kombo RTM, Kota Kinabalu, Sabah di bawah pimpinan Abdurrasik Mado serta kumpulan orchestra Bambu Kinabalu Merdu Sound dan kumpulan Pemuzik Tradisi Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak. Para penonton juga akan diperdengarkan dengan susunan muzik yang segar dengan iringan alat-alat muzik tradisi seperti Sape, Sompoton, Bungkau dan banyak lagi.

Selain itu, dua buah dramatari mengisahkan ‘Lagenda Huminodun’ sempena Pesta Kaamatan dan ‘Lagenda Pahlawan Kulow’ sempena Hari Gawai Dayak turut dipersembahkan. Penggambaran rancangan ini dijalankan di Kinabalu Pine Resort, Kundasang, Sabah dimana para artis membuat persembahan di kawasan terbuka dengan berlatar belakangkan keindahan Gunung Kinabalu.   

RTM akan menampilkan artis-artis terkenal dari Sabah dan Sarawak seperti Emil Hamlyn, Falisia Gek, Reynaldo, Felix, Marsha, Andy Adrian, Jeffrey Jack, Jennifer Jack dan Snah Ukong. Mereka akan mempersembahkan pelbagai lagu etnik seperti Sayang, Kinabalu, Tadau Kaamatan, Pak Tambang, Jambatan Tamparuli, Timang Pemansang Wawasan 2020, Selamat Hari Gawai, Lambaian Kinabalu dan banyak lagi. Tidak ketinggalan seleksi lagu kotemporari seperi Aku Pencintamu, Izinku Pergi, Tujuh Nafas Lagi dan Semua Jadi Satu.     

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton sebuah rancangan muzikal khas sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak “Fiesta Kaamatan-Gawai” pada hari Ahad bersamaan 1 Jun 2008, pukul 2.05 petang menerusi saluran RTM1. Pastikan anda terus bersama RTM2, Saluran Inforia Anda.

[tags]fiesta kaamatan-gawai, pesta, hari gawai, sms, mms greeting, Emil Hamlyn, Falisia Gek, Reynaldo, Felix, Marsha, Andy Adrian, Jeffrey Jack, Jennifer Jack dan Snah Ukong. Mereka akan mempersembahkan pelbagai lagu etnik seperti Sayang, Kinabalu, Tadau Kaamatan, Pak Tambang, Jambatan Tamparuli, Timang Pemansang Wawasan  2020, Selamat Hari Gawai, Lambaian Kinabalu[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan LIVE Nitrus di Restoran Burger King

SYNOPSIS FILM THE ORPHANAGE