in

Field Trip! USA Season 2

BINTANG DAN JALUR GEMILANG AMERIKA BERKIBAR KEMBALI DI DALAM Field Trip! USA HANYA DI 8TV!

Field Trip! USA musim 2
TX TARIKH : 28 Sept – 30 Nov (RABU)
MASA : 9.30pm
Ep. : 10 Ep.
TEMPOH : 30 minit

Field Trip! USA kini kembali dengan musim terbaru sarat dengan pengembaraan yang mengujakan! Seramai 49 remaja dari Malaysia akan berkunjung ke negara yang mengamalkan kebebasan bersuara kepada rakyatnya iaitu Amerika Syarikat!

AFS 8

Field Trip! USA (musim ke-2) akan membawa remaja dari Malaysia ke Amerika dalam sebuah program pertukaran pelajar yang pasti akan mengubah kehidupan mereka. Tiada lagi nasi lemak atau lepak di gerai mamak . Pelajar-pelajar ini perlu tinggal bersama keluarga angkat dan harus bijak menyesuaikan diri dengan cara hidup keluarga baru mereka di Amerika.

AFS 2

Program ini akan membawa anda mengikuti kehidupan lapan pelajar Malaysia di Amerika yang cuba mmenyesuaikan diri dengan persekitaran, budaya, makanan dan cuaca di Amerika. Daripada cuaca panas terik ke cuaca sejuk, dapatkah pelajar-pelajar ini menyesuaikan diri mereka di sana?

Pelajar-pelajar ini akan tinggal di kawasan yang berbeza-beza sekitar Amerika Syarikat dan mereka perlu bersedia untuk belajar berdikari dan harus menyesuaikan diri dengan keluarga angkat masing-masing.

Pelajar-pelajar ini cukup bertuah kerana berpeluang menjalani hidup sebagai seorang rakyat Amerika di mana mereka ke sekolah menengah, membuat kerja rumah, mengikuti aktiviti-aktivi kokurikulum di sekolah dan banyak lagi.

Mereka mempunyai enam bulan sahaja untuk mendalami budaya rakyat Amerika sebelum kembali ke cuaca khatulistiwa di Malaysia.

Rancangan realiti pengembaraan televisyen Field Trip! USA (musim ke-2) pasti lebih meriah dengan kehadiran Qushairi Razali yang juga dikenali sebagai Qi sebagai hos. Qi akan melihat Amerika dari kaca mata dan fikiran lapan orang pelajar ini.

Pelbagai halangan dan cabaran yang dapat anda lihat sepanjang enam bulan pelajar-pelajar ini tinggal di sana. Selain itu, pelajar-pelajar tersebut juga akan membawa Qi ke tempat-tempat menarik yang harus dilawati di tempat tinggal masing-masing.

AFS 3

Dalam Field Trip! USA (musim ke-2) para pelajar yang terpilih juga akan dinilai menerusi pengetahuan tentang budaya dan sejarah Amerika Syarikat! Ini merupakan salah satu ujian bagi pelajar-pelajar ini untuk mengetahui apa yang mereka belajar selama berada di Amerika.

“Field Trip USA merupakan sebuah rancangan realiti televisyen yang menarik untuk anda tontoni! Jika anda minat mengembara dan menerokai budaya serta tempat-tempat baru, ini adalah rancangan yang wajib anda tonton!” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Kim menambah “Pelajar-pelajar yang terpilih dalam rancangan ini akan berkongsi pengembaraan dan pengalaman mereka di negara asing. Banyak proses yang mereka perlu lalui selama berada di sana yang pastinya membuat mereka lebih menghargai dan rindukan negara sendiri,”

“Program YES (Youth Exchange and Study) telah membuka peluang kepada remaja-remaja Malaysia untuk bertandang dan membuka mata terhadap Negara luar. Melalui program pertukaran pelajar Malaysia ke U.S, pelajar-pelajar kita dapat belajar mengenai budaya baru iaitu budaya Amerika yang dikenali amat maju dan berani menerusi keluarga angkat dan rakan-rakan yang baru mereka kenali. Dalam masa yang sama mereka juga dapat berkongsi dan bertukar informasi dan mengenalkan budaya Malaysia yang sebenarnya di mata dunia,” kata Dr. Yahya Mat Hassan, Pengerusi Yayasan Antarabudaya Malaysia, memberikan penjelasan.

AFS 6

Pastikan anda menonton pengembaraan menarik remaja-remaja Malaysia ke negara maju Amerika Syarikat dalam program Field Trip! USA (musim ke-2). Tandakan kalendar anda kerana program realiti ini bakal menemani anda setiap hari Rabu jam 9.30pm bermula 28 September 2011 ini hanya di saluran hip 8TV!

Anda juga boleh menonton 8TV menerusi saluran 708 di Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

ABOUT THE KENNEDY-LUGAR YOUTH EXCHANGE AND STUDY (YES) PROGRAMME

The Kennedy-Lugar Youth Exchange and Study (YES) programme is an exchange programme sponsored by the U.S. State Department. The programme was initiated by The Department of State in the aftermath of Sept. 11. It aims to build bridges of understanding between Americans and people in countries with significant Muslim populations. In Malaysia, the programme is administered by the Yayasan Antarabudaya Malaysia organization which promotes youth exchange programmes.

Malaysian students experience part of an academic year at an American high school. During the period of the exchange programme, the Malaysian students will live with American host families and participate in many activities to learn more about American society and values, acquire leadership skills and also help teach Americans about Malaysia and its culture.

The programme is in its 8th year, with more than 200 students having gone through this successful exchange programme. In the Field Trip USA (2008) television series, eight YES students had the opportunity to share their experiences – learning about their American host families, making friends, participating in sports and other activities that were uniquely American.

AFS 7

Yayasan Antarabudaya Malaysia
Yayasan Antarabudaya Malaysia is an organization that represents the AFS Intercultural Programmes in Malaysia. Yayasan Antarabudaya Malaysia joined the network in 1958. It is a non-profit organization and functioning under the auspices of a Board of Directors consisting of 8 members appointed by the members at the Annual Meeting. The national office is located in Petaling Jaya, consisting of 12 professionals who work full time. They are assisted by a network of volunteers from all over Malaysia.

About AFS
AFS is a global community of more than 50 Partner organizations that support intercultural learning, principally through exchange programmes. AFS has transformed the lives of millions of students, families and individuals through the participation of AFS Volunteers and AFS Host Families worldwide.

AFS began as the American Field Service during World Wars I and II, when nearly 5,000 young men volunteered as ambulance drivers. In 1947, under the leadership of Stephen Galatti, AFS organized its first secondary student exchanges. The aim was to build international understanding by helping ordinary people from different parts of the world get to know one another.

Nearly seven decades later, more than 12,000 students participate in AFS exchanges and more than 40,000 volunteers support AFS Programmes each year. AFS continues to support them in sharing their cultures.

AFS Statement of Purpose
AFS is an international, voluntary, non-governmental, non-profit organization that provides intercultural learning opportunities to help people develop the knowledge, skills and understanding needed to create a more just and peaceful world.

The Core Values of AFS
AFS enables people to act as responsible global citizens working for peace and understanding in a diverse world. It acknowledges that peace is a dynamic concept threatened by injustice, inequity and intolerance.

AFS seeks to affirm faith in the dignity and worth of every human being and of all nations and cultures. It encourages respect for human rights and fundamental freedoms without distinction as to race, gender, language, religion or social status.

AFS activities are based on its core values of dignity, respect for differences, harmony, sensitivity and tolerance.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tale of The Royal Seamstress Lakonan Janine Chang, Lu Zi Yi

Tonton Tiada Lama Tiada Baharu…Satu Satunya Malam Ini