Namun, sejak beberapa hari lalu, ‘cinta hati’ Syamel itu dilihat rancak mempromosikan ‘teaser’ single terbaharunya berjudul Boneka. Cuma, keberanian juara program Bintang RTM 2009 itu berfesyen biarpun berhijab bagi tujuan promosi single berkenaan mencuri tumpuan.
“Soal gaya bertudung lebih kepada meneroka fesyen. Saya tak rasa buat sesuatu keterlaluan sebagai wanita bertudung. Gaya pelik ini sebenarnya rujukan kepada video muzik single Boneka.
“Ia agak berbeza dan cuba disesuaikan dengan single berentak rancak. Namun, pada masa sama, masih mengekalkan sentuhan vokal saya. Ini juga kali pertama saya terbabit dengan penggambaran video muzik selepas bertudung.
“Tidak dinafikan, saya tak berani bereksperimen memakai pakaian pelik. Saya lebih pilih jalan selamat. Bagaimanapun, saya mencabar diri untuk tampil berbeza kali ini terutama menerusi imej kali ini,”
– Ernie Zakri
Kata pemilik nama penuh, Nur Ernie Shahirah Zakri itu, single Boneka terbitan Rocketfuel Entertainment dirakamkan sebelum tempoh PKP lagi.
“Single Boneka ciptaan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan Omar K. Video muzik dilancarkan di YouTube Rocketfuel, Jumaat lalu.
“Awalnya, single ini nak dijadikan sandaran selepas lagu Gundah. Video muzik dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuat kuasa,” katanya.
– Ernie Zakri
Kata Ernie, single berkenaan hanya akan dipasarkan di platform digital dua minggu selepas video muzik dilancarkan.
“Strategi yang digunakan kali ini berbeza. Kebiasaannya, saya akan keluarkan lagu di platform digital dan diikuti video muzik. Video muzik Gundah hanya dipersembahkan selepas tiga bulan versi digital dipasarkan.
“Kami melawan arus kali ini. Memang bersebab kerana mahu peminat dan penggemar muzik dapat faham apa yang cuba disampaikan dalam single ini, selain imej yang digayakan,”
– Ernie Zakri
Kali terakhir Ernie Zakri muncul dengan single Gundah adalah pada berapa bulan lalu.
Sumber: BH Online