in

Fesyen Songket Betty Benafe di Pelancaran Mingguan mStar

Pada 25 Februari 2010 yang lalu, bertempat di Pelancaran Mingguan mStar, Budiey telah bertemu dengan Betty Benafe yang telah melintasi red karpet bersama-sama dengan kawan rapatnya, Ifa Raziah. Kepada yang tak kenal, beliau ialah pelakon dan penyanyi yang sebelum ini digosipkan dengan penyanyi Nash.

Hadir dengan lengkap mengenakan gaun anggun bersongket dengan warna keemasan dengan gabungan warna hitam. Budiey kira penampilan kali ini lebih anggun walaupun gaya rambut Betty tak berapa sesuai dengan fesyen ini. Anting-anting pula nampak terlalu meriah sangat. Untuk gaun ini, konsep ‘less is more’ lebih sesuai.

Apa yang ketara, gaya ini lebih ‘sopan’ berbanding penampilan Betty dengan gaun seksinya di Anugerah Juara Lagu yang lalu. Good luck, Kak Betty!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Top Host 2010 Serlahkan Kredibiliti Kerjaya Pengacara

Menangi SKUTER NAZA BLITZ 150 di Muzik FM