Tapi Budiey perhatikan ramai yang tak suka dengan gaya Siti Nurhaliza. Budiey rasa, Siti Nurhaliza ada alasan sendiri mengapa dia berpakaian seperti ini. Sehingga ada wartawan yang tidak segan silu mengatakan Siti Nurhaliza telah melakukan jenayah fesyen.
Kesian Siti Nurhaliza apabila dikatakan dia juga menjadi mangsa fesyen. Siapa salah dalam hal ini? Mungkin tiada orang yang berani menegur Siti? Sepatutnya pereka fesyen yang perlu menjadi cermin dalam isu ini.
Ini petikan yang Budiey baca dari MStar Online mengatakan:
Potongan wajah ‘babyface’ seperti Siti tidak sesuai, tambah pula bila litup kepala disengetkan sedemikian rupa. Timbul pula rasa kasihan di hati kerana tiada seorangpun dalam hidup Siti, baik suami, kakak mahupun kakak ipar yang berani menegurnya.
Bila kita berpakaian bagai nangka masak menyasak sarung, yang menjadi bahan ketawanya kita. Alangkah tragisnya bila orang yang ditertawakan itu adalah idola satu Malaysia.
Wajah manis Siti sebelum ini belum pernah lagi ‘tercemar’ dengan busana sejelek ini. Selama ini, Siti cukup berhati-hati bila memilih pakaian yang akan disarungkan ke badannya. Walau pernah dilabel ‘kampung’ atau konservatif, semua fesyennya molek dan berkenan di mata.
– Mstar Online
Busana yang direka oleh pereka yang idealistik & kreatif, Rizman Ruzaini ini memang pada Budiey tidak kena dengan bentuk badan Siti yang kian berisi selepas kahwin. Memang ada yang tak kena dengan gaya ini.
Konsep ‘high waisted pants’ (seluar pinggang tinggi) ini dikenakan bersama tali pinggang, dengan sentuhan gaya klasik dengan lengan pleated puff diseragamkan dengan gabungan warna champange dan royal blue.
Camna pula pendapat anda?
kredit gambar: Minaq Jinggo Fotopages dan Blog Isu Hangat