Acara karpet merah sudah tentu menjadi tumpuan dalam mana-mana anugerah sekalipun. Budiey rasa, setiap kali Anugerah Bintang Popular dianjurkan, pasti akan tertunggu-tunggu apakah tema dan mahu melihat adakah selebriti yang datang bijak menggunakan tema untuk busana mereka.
Walaupun suasana masih lagi dikatakan suram dengan beberapa peristiwa yang melanda negara, namun ABPBH 2013 edisi ke-27 masih dirasakan meriah walaupun sambutannya cukup sederhana. Nak kata yang datang tu sikit tak jugak sebab apa guna kalau ramai selebriti datang berduyun-duyun tapi Budiey tak dapat peluang untuk menemubual mereka. Namun kali ini, Budiey cukup rasa puas hati sebab dapat menemubual ramai selebriti.
Seawal jam 7.45 malam, selebriti yang hadir begitu membiaskan tema Magis Alam dengan gemerlapan sinar bintang mereka dengan memperagakan busana. Ini membuktikan fesyen tidak dapat dipisahkan dengan acara hiburan. Kehadiran artis dengan pelbagai gaya dan pilihan rona warna membuktikan semarak fesyen seiring dengan perkembangan semasa.
Budiey lihat kali ini ramai selebriti yang begitu patuh dan mengikut tema Magis Alam dengan warna asas dan elemen seperti tanah, air, angin dan api. Bagi sesetengah artis, ada juga yang mahu memilih jalan yang selamat dengan menggunakan warna Magis Alam dengan gaya yang sederhana dan minima.
Magis Alam diterjemahkan menerusi corak warna dan potongan. Warna prima turut memberi plihan selebriti iaitu merah, biru dan kuning.
Foto dari lensa jurugambar terkenal Taqiuddin Ariffin.