Oleh kerana kesungguhan beliau dan minat yang mendalam terhadap dunia fesyen telah menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk kembali menampilkan rekaan terkini beliau untuk koleksi PAGI RAYA.
Kelihatan anggun bergaya dan selesa mengayakan busana indah, semestinya menjadi idaman buat semua agar terlihat yakin dan selesa. Lebih-lebih lagi di pagi aidilfitri. Istimewa semperna menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba jenama Hatta Dolmat tampil dengan koleksi terbarunya iaitu Pagi Raya.