in ,

Fesyen Kasyaf Hatta Dolmat Inspirasi Kemelut Semenanjung Gaza

Hatta Dolmat, pereka terkenal kini menghasilkan rekaan terbarunya. Mungkin sempena kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak, fesyen rekaan Hatta Dolmat nampak lebih bercirikan Islamik dengan menamakannya KASYAF.

Menurut Hatta Dolmat, fesyen ini adalah inspirasi dari rasa hormat terhadap kemurungan Semenanjung Gaza, membuka hati mengambil insprasi muslimah dalam menghormati nasib saudara kita di Semenanjung Gaza.

Nampaknya, Hatta Dolmat yang dikenali sebagai pereka couture kini beralih arah pada satu fasa yang baru dengan menunjukkan kelainan dalam mempersembahkan koleksi Kasyaf ini.

Kasyaf seakan seru atau wahyu/hidayah atau ilmu adalah sekadar tema namun koleksi muslimah ini mewah bermain warna-warna hangat terkini dan Hatta cuba membuktikan wanita bertudung juga mampu seiring berfesyen dan tampil menyerlah.

Mengenengahkan fabrik lycra dalam rekaan muslimah di samping limpahan jemeki dan crystal mewah padat melaksanakan hasil koleksi kasyaf sebagai koleksi urban muslimah.

Tak ketinggalan juga, fabrik chiffon masih diketengahkan. Rekaan kaftan dalam rekaan pelbagai membuktikan kelainan dari efek baju dan jatuhan busana yang cantik. Penerapan elemen draping dalam pemakaian muslimah memberikan identiti kepada rekaan Hatta Dolmat.

Nah! wanita bertudung! Siapa kata bertudung tak boleh bergaya sakan?

Gambar model: Nurlizawati, pemenang Pencarian Wanita Pilihan Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Lancar Astro Tutor TV untuk Pelajar UPSR

SHEILA MAJID

Gambar Gelagat Peminat di Rakaman Konsert Sheila Majid & Anuar Zain