Program fesyen dan beli-belah online untuk hijabista moden setiap Selasa di hurr.tv
Inginkan panduan gaya yang trendy namun dalam masa sama turut menampilkan kesopanan si pemakai? Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv memperkenalkan sebuah program fesyen dan beli-belah online, Fesyen.Insta, khusus untuk hijabista yang menginginkan gaya Muslimah yang modest tetapi stylish.
Fesyen.Insta menampilkan beberapa buah butik menjual pakaian atau aksesori yang menepati citarasa gaya hijabista serta mereka yang ingin kelihatan elegan, bergaya dan selesa. Program 10 episod ini akan dihoskan oleh dua Instafamous berhijab yang terkenal dengan pemakaian trendy serta sopan iaitu Sharifah Rose dan Tasnim Shah. Episod web pertama Fesyen.Insta akan bersiaran setiap hari Selasa bermula 31 Julai 2018, jam 5 petang.
Pada setiap episod, Sharifah dan Tasnim secara bergilir-gilir akan melawat butik fesyen terpilih yang menjual pakaian serta aksesori sesuai untuk diperagakan bagi wanita yang inginkan inspirasi fashionable, sopan dan selesa. Antara butik yang dilawati mereka adalah Misslily Shop, Calaqisha, Muslimah4u, Minimalace dan Fabulous Heejab.
Setiap episod juga menampilkan hos yang akan menggayakan beberapa koleksi pakaian dan aksesori mengikut tema daripada butik fesyen berkenaan bagi memberi peluang kepada penonton untuk melihat sendiri rekaan khusus yang dijual. Hos akan turut berkongsi tips ‘do’s & don’ts’ sebagai panduan antaranya bagaimana menjadikan mix and match anda kekal on point serta mengelakkan kesilapan dalam bergaya. Penonton boleh membeli koleksi pakaian dan aksesori yang ditampilkan di laman web beli@hurr di https://shop.hurr.tv/.
“Fashion.Insta adalah program panduan fesyen untuk hijabistas – wanita Islam moden yang ingin tampak bergaya dan tetap menjaga kesopanan mereka.Menerusi kerjasama dengan butik-butik fesyen terpilih ini, penonton boleh mendapatkan pakaian serta aksesori yang ditampilkan dengan harga yang berpatutan di laman web beli@hurr, https://shop.hurr.tv walaupin berada di rumah mahupun pejabat sendiri, sekaligus menjimatkan masa berbanding membeli-belah di kedai fizikal,†kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.
Muat turun aplikasi telefon pintar hurr.tv di App Store bagi pengguna iOS serta Google Play Store bagi pengguna Android dan tonton di mana-mana sahaja anda berada. Juga layari laman web www.hurr.tv dan YouTube untuk menonton program ini. Fesyen.Insta dibawakan khas oleh jenama penjagaan wajah dan kulit, muca.
Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti kami di: Website │Facebook │YouTube│ Instagram │Twitter