Hari Ahad beberapa minggu yang lalu, masa Nona menyiarkan segmen #CruiseWithAngkasawan di kaca TV, ramai betul yg tweet & tanya kepada penyanyi IZ pakai baju siapa. Kepada yang nak tahu sangat tu, haa, ini Budiey nak cerita tentang fesyen IZ semasa Malam Gala di #CruiseWithAngkasawan.
IZ pakai baju pereka baru, Maswira Farish yang siapkan ‘fancy tux’ hanya dalam masa kurang dari 3 hari. IZ padankan dengan bow tie dari jenama Lanvin. Kalau sesiapa yang suka fesyen ini, cepat LIKE Maswira Farish kat Facebook.